“Haha bijak Emelia tangan tak comot, mulut je comot tak kisah”- Netizen

Tidak dapat dinafikan, anak-anak kecil ini memang banyak ragam dan banyak akal. Kadang-kadang ada saja idenya membuatkan kita geli hati. Walaupun anak kecil buat kesalahan, kadang-kadang rasa nak marah pun tak sampai hati setelah melihat kecomelan mereka, tapi ,marah untuk niat mengajar perlu. Supaya kesalahan yang dilakukan tidak diamalkan hingga dewasa.

Kadang-kadang sampai penat ketawa saja melayan gelagat karenah anak kecil ni. Gelagat yang dilakukan tu semuanya spontan dan tak sengaja, sebab itulah apa yang mereka sedang fikirkan. Yang pasti, iainya menghiburkan dan unexpected.

Begitu juga dengan anak kepada angkawasan negara, yang bernama Emelia ni, comel je budaknya. Tapi, telatahnya boleh tahan lucu juga ya. Hal ini berikutan daddy nya yang memuat naik videonya sedang makan kek.

Emelia yang kononnya tidak mahu tangan nya kotor ketika makan kek, lalu si kecil itu kecil gigit kek tersebut tanpa menyentuhinya langsung. Terus ngap kek pakai mulut. Comel je tengok Emelia tanpa segan silu makan kek tu.

Sememangnya aksi tersebut sangat spontan, habis kotor satu mulut, kek keliling bibir. Punyalah dia taknak sentuh kek sebab takut tangan kotor, pasti mulut yang comot tak diendahkannya. Yang penting happy tummy.

Bak kata Dr. Sheikh Muszaphar, begitulah idea Emelia yang taknak kotorkan tangan, tapi tidak mengapa jika mulutnya kotor. Comel betul kan gelagat dan aksi si kecil tu, kita yang tengok ni pun turut geli hati.

Antara komen netizen ialah “Thank Emelia, now i know how to eat my cupcake”, “So cute la depa ni”, “Okay..tak perlu cuci tangan nanti, cuci mulut ja” dan sebagainya. Nampaknya aunty dah belajar tips baru ya dari Emelia yang comel ni.

Sebab itulah, kadang-kadang segala menda yang kanak-kanak ini buat, semuanya spontan, mereka fikir itulah cara yang terbaik baginya, walhal nya adakala mereka silap. Tapi yang pasti memang comel kan Emelia tu.

Tapi, jangan pula aunty di luar sana tiru aksi comel Emelia ni. Emelia buat takpa, kalau kita yang dah dewasa ni buat, lain pula jadinya. Kalau kita buat, auto tak comel lah. Hehe. Tak sabar nak tengok gelagat Emelia dan adik-beradiknya yang lain.

Sumber : Ig Drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!