“Haha baby, Argentina nama dia perempuan ye”- Netizen

Telatah anak-anak kita ini memang pelbagai. Banyak sangat akalnya, buat itu ini semuany menghiburkan. Kadang tu, tak cukup tenaga dah nak layan dia punya perangai yang entah apa- apa tu. Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil dan tengah bu4s suka bermain setiap masa, tak kira tempat.

Menjaga dan membesarkan anak sebegitu usia memang amat memematkan, tabah lah wahai ibu bapa sekalian. Biasalah, time macam tu memang tengah semangat kan, kalau boleh semua menda diorang nak try dan buat. Aktif betul. Letih nak layan perangai mereka umur sebegitu.

Siapa saja tak kenal Jebat Jayden si anak kecil comel tu. Kalau korang selalu tengok video Jebat, memang semuanya menghiburkan. Banyak mulut betul lah dia ni, banyak akal juga. Borak tu mengalah orang dewasa lah, pandai sangat budaknya.

Ada dimuat naik video live Sharnaz bersama anak kesayangan nya itu. Di mana mereka yang berborak tentang perlawanan fifa Morocco vs Croatia. Rasanya semua sudah sedia maklum dengan pertandingan terbesar bola sepak dunia ni kan. Mesti korang pun tengok kan.

Katanya Jebat sokong Morocco, manakala Sharnaz menyokong Croatia. Lain-lain eh anak-beranak ni. Sepanjang live tersebut, mereka berborak dengan siapakah yang bakal menang pada penentuan malam tersebut. Walaupun ringkas, tetapi cukup membuatkan netizen terhibur.

Mana taknya, dengan Jebat yang pelat dan comel tu. Sangat menghiburkan para netizen. Siap beli keropok satu beg plastic besar untuk malam perlawanan tersebut tau. Excited betul dua beranak ni, tapi itulah, sorang sokong Morocco, sorang lagi sokong Croatia.

Macam-macam hal lah yang diborakkan oleh dua orang beranak tu. Entah kenapa Jebat nak menangis pula. Perbualan yang sangat random oleh dua beranak tersebut. Sampaikan si baba nya Sharnaz pun dah penat tau nak melayan karenah anak kesayangan nya itu.

Siapa je tak kenal Jebat tu yang memang petah berbicara. Di akhir video tersebut, Jebat mengatakan bahawa dia sudah mengantuk, aikk, tadi kata sokong Morocco, tapi entah kenapa tak start lagi tapi dah mengantuk eh si budak kecil comel tu.

Dan keput0san nya semalam Morocco kalah, agaknya apalah reaksi Jebat nya. Nangis ke tak ? Hahaha, tak kering gusi tengok anak-beranak tu punya live. Sangat menghiburkan. Jebat pun bukan main petah lagi berbicara, Kalah orang tua ni tau.

Sumber : Ig Sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!