“Habis terbaalik hotel suite kami haha”- Netizen

Persahabatan itu penting demi kebajikan fizikal dan mental seseorang. Rangkaian sosial mampu membantu untuk meningkatkan jangka hayat hidup seseorang. Sememangnya memiliki sahabat yang baik adalah rezeki buat diri kita dan mereka jugalah pendengar setia serta seseorang yang ada ketika di saat susah senang. Anda pasti ada memiliki sahabat baik kan?

Seperti selebriti Sheila Rusly, ramai mengenali sahabatnya iaitu Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri. Hubungan rapat tiga sahabat ini sering dikongsi menerusi video di Instagram mereka masing-masing.

Termasuklah Sheila yang suka berkongsi momen indah bersama dua sahabatnya itu. Meskipun masing-masing sudah lanjut usia, keakraban mereka tiga sekawan cukup mengagumkan.

Baru-baru ini juga, Sheila ada memuatnaik video lucu di Instagramnya. Gelagat tiga sekawan ini jarang sekali mengecewakan, pasti membuatkan kita tertawa melihatnya.

Video dikongsi Sheila itu telah membuatkan netizen tertarik melihatnya gara-gara perangai ‘gil4-g1la’ mereka itu. Memang lawak habis bila tengok mereka tau..

Dengan lengkap berpakaian telekung, masing-masing sempat lagi bergurau senda ya.. Memang sporting habis tiga sekawan ini meskipun sudah memasuki usia 50-an.

Persahabatan seperti mereka inilah mampu membuatkan kita sendiri bahagia dan ada ‘me time’ dengan sahabat hehe..

Sementara itu, video Sheila telah menerima 439,000 tontonan dan 24,000 tanda suka. Rata-rata netizen akui, suka melihat mereka dan terhibur dengan gelagat mereka.

Mereka juga antara selebriti yang sudah lama menjalinkan hubungan persahabatan dan sentiasa bersama walaupun sibuk dengan rutin kerja.

Bestnya dapat kawan baik macam diorang kan.. Happening je setiap masa, boleh lepaskan stress kerja gitu hehe..

Sumber: Instagram sheilarusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!