“Habis lah makcik2 ni sentap, serupo tengok cermin”- Netizen

Majlis perkahwinan antara majlis yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Dari majlis perkahwinan, saudara mara dapat berkumpul bersama meraikan hari bahagia pasangan pengantin baru. Namun, Sudah hampir dua tahun tiada sebarang majlis perkahwinan diadakan berikutan penularan wabak cvd di negara kita. Dan masih tidak dibenarkan untuk membuat majlis sehingga kini atas arahan kerajaan.

Jika ingat kembali suasana majlis perkahwinan, pasti ada momen yang melucukan yang sentiasa berlaku di majlis keramaian itu. Jangan tak tahu, perangai ‘aneh’ rakyat Malaysia pun sering ada ketika menghadiri sesebuah majlis perkahwinan.

Pelakon Catriona Brian Ross dengan spontannya melakonkan semula perangai aneh rakyat malaysia yang sering dilakukan oleh mereka sendiri.

Tidak terkecuali, Catriona juga membandingkan situasi yang berlaju di Malaysia dan di luar negara apabila menghadiri majlis perkahwinan.

Lakonannya itu dikongsi di laman Instagram sehingga menjadi tumpuan ramai. Siapa sangka, ramai bersetuju dengan Catriona apabila kebanyakkan gelagat mak cik bawang suka komplain dan bercerita buruk tentang makanan yang disediakan ketika di majlis perkahwinan.

Realitinya, perkara tersebut sering terjadi dalam masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi ketika majlis perkahwinan.

“Betul sangat tu kak cat, lagi lagi mulut mak cik bawang memang pehh, selalu terjadi depan mata, tak reti bersyukur”- Netizen

Rata-rata netizen bersetuju dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakan Malaysia seperti yang dilakonkan oleh Catriona.

Sementara itu, video Catriona telah ditonton sehingga 226,000 tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen.

Lawak betul tengok muka Kak Cat tiru jadi mak cik bawang, tapi realitinya memang ramai macam tu bila tengok dekat majlis perkahwinan. Tak baik tau…

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!