“Bukan haritu kata tak nak pakai rantai dah ke” – Netizen

MK K-Clique atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan memang dari dulu merupakan seorang anak muda yang gemar memakai perhiasan kemas walaupun pada hakikatnya dia berbangsa Islam. Terdahulu, pada tahun 2020, MK ada membuat liputan media mengenai tabiatnya yang gemar memakai rantai serta gelang emas dan memberikan sebab mengapa dia tetap dengan pendirian dalam hal ini.

Katanya, sudah tentu dia mengetahui salah dan silap apabila seseorang yang beragama Islam memakai barang kemas namun dia tetap memilih untuk melggar suruhan tersebut oleh kerana minat dengan perhiasan ini. Ujarnya lagi, netizen tidak wajar untuk menghukumnya kerana d0sa yang dia lakukan ini adalah urusan peribadi antara dia dan Pencipta. Tambahnya lagi, perhiasan ini hanya dipakainya sewaktu membuat persembahan sahaja.

Walaubagaimanapun, MK akhirnya akur dengan kehendak tuntutan agama Islam apabila pada bulan Mac tahun ini, MK membuat keputusan untuk tidak lagi memakai gelang serta rantai emas dengan alasan untuk memperbaiki lagi dirinya.

Dia juga tidak lupa untuk meminta didoakan daripada para peminatnya agar dia berubah menjadi lebih baik dan terus beristiqamah dalam kehidupannya. MK juga menyatakan bahawa perlantikannya sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI group turut merupakan sebab mengapa MK memilih untuk mngalkan tabiatnya yang kadangkala disalahanggap sebagai ‘b4db0y’.

Namun, yang membuatkan para followers MK kebingungan adalah apabila baru 4 jam yang lepas, MK sekali lagi tampil dengan imej ‘b4db0y’ dengan memakai kembali koleksi kegemarannya iaitu cincin dan rantai emas.

Caption MK yang terpampang besar dengan ayat “sila padam versi lama saya dalam kepala anda. Ianya telah luput” lagi-lagi membawa seribu persoalan kepada para netizen.

Video perkongsian MK yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu telah berjaya memperolehi sebanyak 155,131 tontonan dan 570 komen.

Rata-rata netizen memuji penampilan MK yang kacak bergaya dengan rambut baru tapi yang berjaya mencuri tumpuan min adalah apabila ada netizen yang berani bersuara bertanya tentang pendirian MK dalam pemakaian barang kemas.

Dahulu kata suka hati, lepastu berubah sebab mahu memperbaiki diri dan enggan dilabel sebagai ‘b4db0y’ dan sekarang sekali lagi MK tampil dengan penampilan asalnya. Agak-agaknya dah expired kot tempoh masa MK sebagai ‘goodboy’.

Min tertarik dengan nasihat seorang followers MK ni melalui ruangan komen video perkongsian MK.

“Tak apa MK. Standard iman kita kadang naik kadang turun, tambahan bila kita dalam circle yang memang santai-santai. Perlahan-lahan berubah my bro, waktu iman tinggi pulun ibadat keluar tabligh dan buat baik.

“Waktu iman down cuba kawal dan kurangkan sebanyak keburukan yang boleh. Kitorang support kau bro. Hijrah ni slow slow pun tak apa janji istiqomah. InshaAllah satu hari akan ada hasil,” ujar followers MK tersebut.

Teguran seperti inilah yang sepatutnya diberikan buat seseorang yang tengah berusaha untuk berubah. Bukan memberi kec4man dan maaki hamun seperti yang kebanyakan netizen buat.

Kadang-kadang teguran yang halus itulah sebenarnya yang membuatkan seseorang benar-benar berubah, yang penting dia juga berusaha bersungguh-sungguh dan nekad untuk berubah. Yang selebihnya, kita serahkan kepada Pencipta kita melalui layangan doa.

Sumber: Instagram MK

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!