“Giilerr gmpak suara mcm indo, lain dari yang lain” – Netizen

Kalau meninjau lakonannya di layar perak, bakat ada padanya memang tak dapat disangkal lagi. Berilah apa jua watak terutama wanita lemah lembut ditemani air mata, pasti boleh dibawanya dengan jaya sekali. Jika selama ini ramai hanya melihat kelebihan dirinya dalam bidang seni lakon, diam tak diam siapa sangka, Eira Syazira juga berbakat menyanyi.

Seperti dalam hantarannya kali ini, tahu-tahu Eira nak keluarkan single lagu. Kalau melihat daripada hashtag dikongsikannya terdapat beberapa perkataan seakan membayangkan nama lagu-lagunya.

Daripada hashtagnya itu jika keluar dari mulut, macam bunyi perkataan dari negara seberang pun ada. Yang bestnya tu, suara nyanyian Eira pun dah ala-ala dari negara seberang juga.

“waaaaaa kalau tak tgk vd ni,mmg xsangka sis eira nyanyi…gila gempak cam suara penyanyi indo,lain dari yg lain..”, “Catchynya lagu nie..best”, “Aishhh s3ksi btl suara dia..”, “Jd Inget ama suara Mulan Jamila”.

“Dengar pon syokk wei”, “Wahhhhh mantul”, “Wahhh cayalahhh kak eira.. sedapppnya suara”, “arhhh suara s3ksinyaa”, “Wow..tk sabar nya”, “Xpernah xsedap suara kak eirasyaziraofficial ..”. Itu antara komen netizen.

Dah macam usahawan sensasi, Datuk Seri Alif Syukri yang nak releasekan lagu rayanya lagi dua hari, Eira dalam kapsyen hantarannya ini juga memberitahu juga akan lancarkan singlenya ini pada hari sama.

Tak sangka bukan…. Jika selama ini hanya suaminya, pelakon yang juga penyampai radio, Pak Azad atau nama sebenarnya, Azad Jazmin yang hanya selalu menunjukkan bakat nyanyiannya.

Diam-diam ubi berisi, tanpa pernah belanja level nyanyiannya di media sosial pun, tahu-tahu Eira dah nak keluarkan lagu sendiri. Jika sekali menangkap suara nyanyiannya, kedengaran sedap pula.

Peminat dan netizen pun ramai yang memberikan respons dah tak sabar nak dengar lagu Eira. Hebat dia ya, berlakon boleh, menyanyi boleh, jadi model pun boleh. Ramai mendoakannya makin murah rezeki.

Nama Eira mula naik apabila memegang watak Ifa dalam filem pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam bertajuk Meniti Bara. Ibu kepada tiga cahaya mata inj pernah mengeluarkan album pertama, Di Hati Ini pada Julai 2011.

Sumber : IG Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!