“Geng Bilal dengan Khair Amir” – Netizen

Sememangnya menanti kelahiran anak tercinta adalah moment yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan ibu bapa. Siapa je tak excited dan teruja menunggu kelahiran anak sendiri kan, 9 bulan dikandung ibu, akhirnya lahirlah mereka semua dan menjadi anak yang comel. Itulah antara moment paling indah dalam kamus hidup ibu bapa.

Begitulah perasaan yang dirasai oleh pasangan yang sama cantik sama padan iaitu Uyaina Arshad dan pasangan nya Raja Syahiran. Kini, mereka bakal menimang cahaya mata sulungnya. Netizen pun turut excited tau dengan kelahiran bayi mereka tu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak akhir tahun lepas. Excited nya bila dapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata, mestilah comel seperti muka Uyaina dan suaminya kan. Mana taknya, orang tua nya cantik dan hensem, mestilah anak nya bakal mewarisi kecantikan orang tua nya kan.

Baru-baru ini, Uyaina telah memuat naik video ringkas sempena “Gender Reveal” bakal anaknya itu. Itu baru video tau, kalau lah kita ada bersama mereka di situ, mungkin perasaan excited itu semakin terasa kuatnya, tengok di video pun boleh rasa excited , inikan pula jika berada di lokasi yang sama dengan nya.

Sememangnya moment sebegitu seringkali dibuat oleh artis yang lain, di mana, mereka harus meletupkan belon dan setelah itu, sama ada warna biru atau pink yang akan muncul. Pink bermakna bayi yang bakal dilahirkan ialah perempuan, manakala biru ialah lelaki.

Moment ketika orang ramai countdown dan Uyaina mencucuk belon itu sangat lah dinanti-nanti. Ternyata warna yang keluar ialah warna biru, menandakan mereka bakal mempunyai anak lelaki tidak lama lagi. Sebak dan terharu melihat kegembiraan bakal ibu dan ayah itu.

Tidak dinafikan bahawa pasangan itu sangat teruja setelah mengetahui anak yang bakal dilahirkan ialah lelaki. Bak kata netizen, jelas kelihatan seri kegembiraan di raut wajah bakal ibu itu. Siapa je tak teruja kan, menangis kegembiraan.

Para netizen rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Kita sebagai netizen ni pun boleh rasa teruja, ini kan pula Uyaina dan Raja Syahiran. Cepat baby lahir, semua orang tak sabar menanti kelahiran mu.

Justeru, semoga segala urusan Uyaina dan suaminya dipermudahkan. Semoga baby yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang baik dan soleh kepada kedua ibu bapa nya. Nanti Bilal dan Amir ada geng baru lah. Excited Aunty dan Uncle sekalian.

Sumber : Ig Uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!