“Freehair balik eh si mama Fatima ni”- Netizen

Bergurau itu adalah satu sifat yang kelakar untuk mengusik orang terdekat kita. Dengan pelbagai teknologi dalam telefon kita sekarang, bermacam ‘filter’ yang telah diadakan untuk memberi keseronokan kepada individu untuk bergurau tak kira dengan sesiapa pun via online. ‘Filter’ bukan sahaja membantu membuatkan kita kelihatan berseri di skrin telefon, malah ada yang pelbagai lagi jenis ‘filter’ yang bertujuan untuk satu individu itu bergurau dengan individu lain

Siapa tidak mengenali lagi pelakon yang sangat dikenali namanya iaitu Fazura. Wanita ini yang memulakan karier beliau sejak tahun 2002 telah berjaya membina nama bukan sahaja sebagai pelakon, malah juga sebagai pengacara dan penyanyi dalam industri seni.

Pada tahun 2017 beliau telah menamatkan zaman bujang beliau dengan seorang pelakon lelaki bernama Fattah Amin dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Fatima.

Memegang karier lakonan sambil menjadi pemilik sebuah peniagaan tudung bukanlah senang. Namun, Fazura antara wanita yang berjaya di negara kita dan namun beliau sentiasa ada masa untuk bergurau dengan peminat melalui akaun ignya.

Fazura sering dikenali seorang wanita yang berkaliber dan mempunyai gaya wanita yang berjaya namun beliau sebagai seorang individu pandai juga mencuit hati netizen dan peminat.

Baru-baru ini, Fazura berkongsi sebiah video dimana beliau menggunakan ‘filter’ memakai rambut paalsu dan berlakon seperti amoi cina sambil memanggil anaknya.

Beliau yang membuat ‘slang’ cina memanggil anaknya untuk datang kepadanya. Di kapsyennya juga dikatakan bahawa mereka sekeluarga sedang dalam perjalanan balik ke kampung menyambut cuti perayaan tahun baru cina disama.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat Fazura dan ada juga yang bergurau berkata sejak bila Fazura membuka hijabnya. Selain itu ada yang memuji Fazura sangat conel menggunakan ‘filter’ tersebut.

Tidak kisah jika ingin serius sepanjang hari tapi kita perlu ada masa untuk kita bergurau kerana kadang kala ia akan membantu mengurangkan str3ss harian kita. Untuk perkembangan terbaru Fazura, beliau baru sahaja menyambut sebuah keraian meraikan pekerja dan agen syarikat-syarikat beliau.

Sumber : Ig Fazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!