“Sy dah kena sound dgn en suami, asyik pengambaran jer” – Zarina Zainudin

Menjadi seorang isteri dan ibu sekaligus memegang sebuah karier bukanlah perkara yang mudah. Tanggungjawab yang besar harus ditunaikan walaupun seletih mana pun seseorang itu. Begitu jugalah seorang isteri dan ibu. Walaupun ada yang berpangkat surirumah, mereka masih berusaha mengenepikan keletihan dan lelah mereka melakukan segala yang diperluk4n setiap hari tanpa jemu.

Begitulah juga pelakon wanita veteran tempatan, Zarina Zainudin. Walaupun pada usia 51 tahun, beliau masih aktif dalam industri lakonan dan sangat mencintai karier beliau.

Seperti semua ketahui, Zarina Zainudin dilihat sebagai seorang ibu dan isteri yang kuat dan tabah di dalam laman ignya.

Mempunyai 2 orang anak kurang upaya membuatkan Zarina menjadi ibu yang lebih penyayang dan sentiasa mencuba untuk mwmahami kehendak anak-anak istimewanya.

Dalam menjaga dan mendidik anak-anak beliau, beliau masih mengambil tawaran berlakon dan meneruskan karier beliau sebagai pelakon berkaliber. Baru-baru ini, beliau baru sahaja menjayakan sebuah watak dalam sebuah drama yang diterbitkan oleh rakan artisnya sendiri, Anne Abdullah

Terdapat kongsian terbaru beliau dimana beliau berkata beliau telah ditegur suami kerana terlalu berkerja keras dalam bidang lakonan ini dan meminta beliau untuk berehat sebentar dari menerima apa-apa tawaran lakonan sementara.

Suami beliau juga meminta beliau lebih memfokuskan pada bisnes dan anak-anak beliau dahulu. Dilihat dalam video tersebut, beliau sedang berehat di bilik beliau bersama anak beliau, Azil.

Netizen kebanyakan memuji dengan kecantikan Zarina walaupun beliau di usia 50 tahun. Ada juga berkata wajah Zarina licin seperti bayi.

Setiap wanita terutamanya ibu dan isteri memang perluk4n waktu rehat mereka untuk dapatkan kembali tenaga dalam meneruskan kerja harian mereka. Jadi suami-suami diluar sana perlu memberi peluang untuk isteri berehat.

Sumber : Ig Zarina Zainuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!