“Fatima macam anak pat0ng bergerak”- Netizen

Cahaya mata pertama buat pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin telah menyerikan lagi rumah tangga mereka dengan kehadiran Nur Fatima Aisya yang sudah genap mencapai usia dua tahun pada hari ini. Hari demi hari berlalu, Fatima semakin membesar dengan sihat dan semakin comel wajahnya persis kedua ibu bapanya. Selamat ulangtahun buat Fatima.

Tak dinafikan, Fatima antara si cilik yang popular dalam kalangan netizen. Peminatnya akui suka melihat gelagat Fatima yang suka berceloteh dan kelihatan bijak orangnya.

Walaupun Fatima baru usia dua tahun, si cilik ini juga cukup lincah dan cukup ramah orangnya persis ibu kesayangannya.

Baru-baru ini bersempena ulangtahun kelahiran Fazura dan Fatima, mereka sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi dan kelihatan cukup bahagia melihat kekuarga ini.

Fatima buat pertama kalinya dapat bermain dengan pasir dan bermandi-manda di laut. Nampak teruja si cilik ini apabila dapat menikmaati keindahan pulau langkawi bersama ibu bapanya.

Rata-rata netizen yang melihat video dimuatnaik Fazura itu ikut teruja melihat Fazura sekeluarga yang sentiasa merendah diri dan cukup simple.

Netizen juga akui, suka melihat Fazura yang peramah dan murah dengan senyuman manisnya.

Melihat video dikongsi Fazura itu, jelas kelihatan bahagia sungguh keluarga kecilnya di samping kehadiran Fatima yang sentiasa kelihatan lucu.

Selain itu, posting video tersebut telah menerima tontonan yang ramai sehingga mencecah 415,000 tontonan. Rata-rata netizen memberikan pelbagai respon menerusi ruangan komen.

Bagusnya Fazura, dah didik Fatima dengan suasana pantai. Fatima pun nampak teruja je bila dapat bermain dengan pasir dan air laut. Good job Fatima.

Sumber: Instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!