“Dia tu pakai tudung wat fashi0n sh0w je” – Netizen

Memulakan langkah secara draastik untuk berubah kearah yang lebih baik pasti tidak mudah untuk dilakukan bagi setiap individu. Maka dengan itu, mengambil langkah kecil sebagai inisiatif ke arah yang lebih baik merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan jika seseorang itu sudah mempunyai niat yang baik di dalam hati. Farah Nabilah atau mesra dipanggil Fawa merupakan seorang selebriti hiburan terkenal tanah air yang telah memulakan kerjaya dari tahun 2011 lagi sebagai seorang model.

Terkenal dengan bakat lakonan dan rupanya yang cantik, maka tak dihairanlah jika dia sering mendapat perhatian dari orang ramai dari dulu hingga sekarang.

Satu video telah dimuatnaik oleh Farah di Instagramnya dengan penampilan terbarunya yang kini dilihat mula berjinak-jinak untuk menutup rambutnya dengan berhijab separuh itu telah mendapat perhatian dari netizen.

Tidak senang dengan keadaan itu, ada netizen yang telah memberikan komen negatif dengan mengatakan bahawa Farah hanya menjadikan itu sebagai sebuah fesyen sahaja.

https://www.instagram.com/p/CQvl05aJeDx/?utm_medium=copy_link

Tidak hanya berdiam diri, Farah telah membalas komen yang telah diberikan oleh individu tersebut dengan kenyataan sinis dan mengiyakan saja kenyataan yang telah diberikan.

Walaupun begitu, masih ada yang memahami niat baik Farah yang masih belajar dan membiasakan diri untuk mula berhijab.

Balas Farah terhadap komen negatif yang diberikan kepada dirinya menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang yang mudah marah dan melenting. Dia hanya membalas komen tersebut dengan sabar dan menjadikan ia hanya satu gurauan semata.

Semoga Farah lebih istiqamah dalam proses dirinya untuk membiasakan dan mempelajari diri untuk berhijab dengan sempurna suatu hari nanti.

Sumber: Instagram Farah Nabilah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!