“Pandai Lyla tlg sh0otkan ya” – Netizen

Sudah hampir beberapa bulan Lara “naik pangkat” sebagai kakak, kehidupan kanak-kanak itu kelihatan amat gembira sekali melayani adiknya. Penantian pasangan pengacara dan model Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari selama hampir 6 tahun untuk mendapatkan zuriat kedua akhirnya tercapai apabila adik kepada Lara Alana iaitu Lyla Amina dilahirkan sekitar bulan Februari yang lalu.

Mungkin pada awalnya Lara akan merasa sedikit sukar untuk menyesuaikan diri kerana sudah 6 tahun kanak-kanak itu mendapat perhatian sepenuhnya namun kini terpaksa berkongsi kasih dengan si adik. Bagaimanapun lama-kelamaan Lara sudah menyesuaikan diri dan menerima kehadiran adiknya itu dengan penuh kasih sayang.

Scha pernah berkongsi cerita dimana sebelum ini sekiranya Awal sedang melayani Lyla maka beliau akan segera melayani Lara supaya anak sulungnya itu tidak merasa tersisih.

Walaupun pada awalnya kanak-kanak itu kelihatan sedikit cemburu dengan layanan ibu bapanya yang sudah beralih arah namun semakin lama Lara sudah menyesuaikan diri dengan perkara tersebut.

Memuatnaik video terkini di instagram, Scha dan Awal mempromosikan menu terbaru KFC iaitu KFC Balinese Crunch. Video promosi berkenaan turut menampilkan suaminya dan anak sulungnya Lara.

Walaupun video tersebut dirakamkan dengan kreativiti mereka tersendiri menggunakan peralatan dirumah namun hasil video berkenaan sangat mengagumkan.

Lara yang turut tampil di dalam video tersebut hanya mengikuti sahaja ibunya. Gelagat Lara yang agak kaku dan tidak dapat turut sama menjamah ayam ketika ibu dan bapanya sedang mempromosikan produk makanan segera itu menarik perhatian netizen kerana merasa terhibur melihat reaksi spontan Lara.

Ada juga netizen yang mengusik keluarga berkenaan mengatakan Lyla tolong rakamkan video mereka kerana Lyla tidak muncul di dalam video. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Lara paymnt paling murah dalam scene ni. Dia hanya buat bunyi wahhhhhh dan termenungggg je tgu sampai ayam habis agaknya” – Netizen

“Duk tgk Lara je..apa dia nak cakap dan buat apa lepas tu.. last2 angkat bahu” – Netizen

Bertuahnya kanak-kanak seperti Lara di mana pada usia yang masih lagi hijau sudah mendapat pendedahan dan berpeluang untuk belajar berlakon iklan dengan mummy dan daddy. Siap buat kemunculan istimewa lagi dalam video iklan mummy daddy dia.

Bila dah besar nanti terus saailang mummy dan daddy jadi model pula. Peluang pun dah ada. Cerah betul masa depan Lara.

Sumber : ig scha alyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!