“Dia sorang je stroller macam tu, limited”- Netizen

Kehidupan Influencer terkenal Ryzal dan Maryam berubah sepenuhnya apabila menerima kehadiran cahaya mata sulung mereka iaitu Rina. Sebelum hadirnya Rina, Ryzal dan Maryam popular dengan video-video romantik mereka. Kini banyak video mereka bersama dengan Rina yang berwajah kacukan Malaysia-Korea ini selepas ramai netizen sentiasa ingin mengikuti perkembangan si cilik Rina.

Meskipun Rina masih kecil lagi, populariti si cilik ini sudah sama level dengan ibu bapanya. Bukan setakat popular dalam sosial media, di luar sosial media pun ramai sudah kenal dengan Rina.

Malah baru-baru ini, Ryzal dan Maryam beserta Rina hadir ke Baby Expo di Mid Valley. Lebih menjadi tumpuan apabila Ryzal dan Maryam memakai stroller yang sangat unik untuk membawa Rina ke Baby Expo.

Kebiasaannya orang pakai stroller hitam yang kita selalu lihat kan, tapi stroller Rina ala-ala warna pink nampak unik dan lain daripada yang lain.

Mata-mata pengunjung di Baby Expo pun lebih tertumpu kepada stroller yang diguna oleh Ryzal dan Maryam. Confirm ramai nak beli stroller macam tu hehe..

Dari jauh dah boleh nampak stroller berwarna pink. Popular terus Rina bersama stroller kesayangan miliknya.

Melihat posting video di instagram Duriankimchi, rata-rata netizen memberi komen memuji kecomelan Rina dan sikap behave Rina sepanjang berada di luar rumah.

Tengok Rina tak merengek dan menangis pun. Lagi enjoy keluar dengan mummy daddy dia. Comel betul Rina ni, sempoi..

Video Rina juga menerima 56,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen.

Comelnya Rina jalan-jalan dengan stroller pink. Patut buat Rina Expo je, confirm ramai nak beli stroller pink Rina hehe..

Sumber: Instagram duriankimchi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!