“Dia pngadil, host, dia jgk buat game. Pasrah betul Mirul. Jrg2 pmpuan kalah” – Netizen

Nama Ain Edruce mula dikenali setelah berlakon sebagai Rosnaida didalam drama Kekaasih Paaksa Rela. Setelah berjaya membawakan watak tersebut dengan baik, beliau kemudiannya mendapat pelbagai tawaran lakonan. Menerusi drama Camelia beliau menjadi teraju utama bersama pelakon Diana Danielle. Disamping berlakon, Ain juga aktif menjadi pengacara dan pernah mengacarakan program MBuzz dan Pop Express serta program hiburan Immortal Song Lagu Lama menyengat semula.

Beliau mendirikan rumahtangga bersama seorang ahli perniagaan iaitu Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019. Mereka berdua menerima kehadiran cahaya mata pertama pada 19 Mei yang lalu. Pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi perempuan yang dinamakan sebagai Soraya.

Ain Edruce baru-baru ini telah berkongsi wajah Soraya secara ekslusif kepada para peminat menerusi saluran y0utvbe beliau. Ain dan suami sepakat untuk memberikan nama Soraya yang membawa maksud cantik buat puteri sulung mereka itu.

Menerusi video yang dimuatnaik di saluran y0utvbe itu juga Ain turut berkongsi pengalaman pertama beliau dan suami bergelar ibu bapa dan proses kelahiran beliau di hspital.

Menariknya semasa sedang menunggu waktu kelahiran beliau masih sempat memuatnaik video tiktok. Suasana santai beliau dibilik bersalin itu turut meraih perhatian netizen yang merasa kagum dengan sikap tenang Ain.

Ain juga dikenali kerana sikapnya yang tingtong dan “masuk air”.  Walaupun sudah bergelar ibu namun sikap ting tong dan masuk air Ain masih sama seperti dahulu.

Disebabkan masa yang kian terbatas kerana kelahiran Soraya, Ain dan Amirul akhirnya baru berkesempatan memuatnaik sebuah video terbaru di saluran y0utvbe.

Menurut Ain, ramai peminat yang meminta anak mereka Soraya membuat kemunculan khas di dalam video terbaru namun Ain memaklumkan beliau dan anaknya itu baharu sahaja pulang bertemu doktor untuk mendapatkan suntik4n bulanan.

Soraya tidak akan muncul dalam video kali ini namun beliau dan suami berjanji akan cuba membuat video seterusnya yang merakamkan gelagat anak mereka pula buat tontonan para peminat.

Menerusi video yang baru sahaja beberapa jam dikongsikan itu, video tersebut memaparkan gelagat suami isteri berkenaan bermain permainan yang diciptakan oleh Ain sendiri.

Mereka berdua perlu mengambil perkataan di dalam kotak lalu menyanyikan lagu yang mempunyai perkataan tersebut didalam liriknya. Gelagat mereka berdua yang adakalanya saling bertelagah dan tidak bersetuju dengan pilihan lagu yang dinyanyikan membuatkan para peminat terhibur.

Di sebabkan permainan berkenaan dicipta oleh Ain, kelihatan seperti Ain berat sebelah dan memihak diri sendiri manakala Amirul pula dilihat akur dengan peraturan ditetapkan Ain itu.

Namun begitu diakhir video, kemenangan berpihak kepada Amirul dan Ain pula menerima penalti dengan rela hati. Lebih mengujakan apabila dalam video terbaru ini Amirul dilihat tidak lagi malu-malu di depan kamera dan mampu mematahkan hujah isterinya itu semasa saling “berbahas”.

Rata-rata netizen berkata mereka gembira dengan perubahan pada Amirul yang sudah lagi tidak malu di hadapan kamera. Jika dahulu, Amirul merakamkan video bersama Ain seolah-olah seperti dipaksa namun kini segalanya sudah berubah setelah kelahiran Soraya.

Sehinggakan netizen berkata dalam video kali ini Amirul lebih menonjol berbanding isterinya itu. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Tidak kering gusi jika menonton gelagat dan kerenah pasangan ini. Ada sahaja idea pasangan ini untuk mengusik antara satu sama lain. Selepas ini pasti lebih meriah saluran y0utvbe Ain dengan kehadiran anak mereka pula.

Jika dilihat di dalam video sifat penyayang Amirul sebagai bapa sangat menyerlah. Sepanjang video tersebut dirakam Amirul banyak ingatkan Ain mengenai anak mereka Soraya yang berada ditingkat bawah. Amirul pula yang terlebih risau keadaan Soraya. Bapa Mithali ya Amirul ni.

Sumber : Y0utvbe ain edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!