“Dia nmpak mcm pelakon wednesday tu lah, international sgt muka mcm mommy dia” – Netizen

Mempunyai cahaya mata adalah anugerah tak ternilai daripadaNya yang perlu dijaga. Lazimnya biar bagaimana susah pun seseorang ibu, pasti anaknya akan dijaga elok sedaya boleh. Macam pelakon kacukan Melayu-Scotland, Catriona Ross ini. Lihat saj4lah betapa bersungguh-sungguhnya dia menyiapkan satu-satunya anak perempuannya yang bersiap bagi majlis prom night atau Malam Seribu Kenangan anaknya di sekolah.

Dipakaikan gaun kembang, dengan stail rambut dan mekap ala Inggeris, memang superb persiapan Catriona atau mesra dipanggil Cat untuk anaknya tu. Kerlasss bethol gaya klasik anaknya.

Menariknya ramai pulak netizen yang menegur anaknya, Sephia Rania setelah dimekap tampak saling tak tumpah macam wajahnya. Ya lah… mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi kan…

“Nasib 1 je anak perempuan kak, klo tak mmg betul2 p4tah pinggang”, “Hebat la mommy”, “Sbutir la ikot mami dio”, “Ni betul2 Sciottish lass”, “Supo sungguh nga momy dy maso mudo, gorgeous”.

Itu antara komen netizen. Terdahulu Cat dalam kapsyen hantarannya itu bercerita antaranya pengalaman dirinya menyiapkan Rania untuk ke majlis itu adalah berdepan cabaran, namun ada pengalaman manis sebagai ibu.

Walaupun rasa ‘nak p4tah pinggang’, sebagai ibu dia cuba menyiapkan anak sebaik mungkin. Tengok sajalah hasilnya dengan bantuan profesional tu, boleh tahan juga kan cantiknya.

Ada juga netizen menyifatkan perkongsian Cat itu dari sudut menjaga seorang anak perempuan pun sudah terasa cabarannya, agaknya jika ada anak perempuan lebih daripada seorang memang betul terasa nak ‘p4tah pinggang’ tu.

Apa pun terbaik perkongsian Cat. Bila lagi ibu bapa hendak mencipta memori dengan anak mereka jika bukan di saat-saat sedang membesar. Nanti semuanya akan tinggal kenangan.

Mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pengarah, Shaharuddin Mokhtaruddin pada Jun 2009, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, 13; Jammal Raess, 11 dan Edruce Riyadh, 9 tahun.

Kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria. Selain berlakon, Cat juga merupakan seorang model, pengacara, penulis skrip, dan penulis buku.

Sumber : IG Catriona Ross

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!