“Dgn kita sekali terjawap kain kelipat bila mak dia tanya kain apa”- Netizen

Keseronokkan kita mempunyai anak kecil mesti lebih manis apabila mereka sudah pandai berbicara dan memberi respon setiap kata-kata kita. Ada juga yang petah berkata-kata, dan pelat dalam percakapan. Ada juga yang manja dan comel, serta mempunyai pipi yang gebu lebih membuatkan anak kecil itu comel. Begitu juga anak kepada pelakon jelita, Amyra Rosli.

Perkongsian beliau di laman ig dengan memuat naik video anak lelakinya memakai kopiah dan kain pelikat. Tapi yang disebut anaknya lain.

Amyra bertanya pada anaknya, apa nama kain yang dipakai oleh anaknya, jawapan si anak kecil ini memang membuat ramai menghela nafas panjang. Berkembang sungguh otaknya.

“Kain kelipat ala ala la kain kelipat la la la la”, jawab anaknya. Nasib baiklah masih ada sebutan yang jelas bukan ayat makian.

Si anak kecil ni memang yakin sungguh dengan jawapannya, siap buat lawak dikentutnya mamanya. Memang bertabah lah Amyra dengan anak sulungnya itu.

Keletah anak-anak membuatkan para ibubapa akan merindui detik ini suatu masa nanti, inilah untungnya ada gajet, boleh merakam detik-detik terindah ini.

Peminat pun memberikan komen merasa video tersebut menghiburkan mereka.
Malah ada yang terikut bahawa itu kain kelipat bukannya pelikat.

Ada juga kata nasib baik bukan ketupat, sudah mengingatkan hari raya pula. Macam-macam komen netizen ya. Ini antaranya.

Amyra telah sihat sepenuhnya dan kembali bekerja, sebelum ini beliau berada di w4d selama 3 ke 4 hari kerana todak sihat dan bukan kerana cvd.

Sumber: ig aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!