“Dari baju sampai kasut ikut Lofa”- Netizen

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tempat bekas pengacara rancangan hiburan popular iaitu Melet0p terdahulu iaitu Noor Neelofa perlu digantikan secepatnya setelah hampir 2 tahun di hiasi dengan pelbagai wajah pengacara wanita undangan saban minggu. Pengacara undangan termasuklah Uyaina, Elly Mazlein dan Sherry Al Hadad.

Teka teki terjawab apabila pihak pengurusan rancangan berkenaan akhirnya menyunting Hawa Rizwana sebagai pengacara tetap.

Bagaimanapun, sejak rancangan Meletop membuat pengumuman mengenai bekas penyampai radio dan wartawan berwajah iras Neelofa iaitu Hawa Rizwana di angkat menjadi pengacara tetap,

pelbagai komen serta kritiikan yang di luahkan oleh netizen dan juga peminat setia rancangan hiburan berkenaan.

Ramai peminat menyifatkan Meletop seolah- olah belum move on apabila menggantikan tempat Neelofa dengan individu yang mempunyai wajah seperti Neelofa pula untuk bergandingan bersama Nabil.

Ternyata bukan mudah untuk menjadi pengganti Neelofa sebagai pengacara tetap rancangan hiburan berkenaan.

Terkini, rancangan yang bersiaran setiap hari selasa itu memaparkan beberapa gambar dan video mengenai sedutan episode malam tadi menerusi Instagram rasminya Meletop.

Video dan gambar yang di kongsikan itu seperti kebiasaan akan menerima pelbagai maklumbalas daripada para peminat setia rancangan hiburan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Respon para peminat dan Netizen, apabila Meletop mengambil Hawa Rizwana sebagai pengacara tetap rancangan berkenaan, imej selebriti wanita tersebut saling tidak tumpah seperti imej pengacara sebelum ini iaitu Noor Neelofa.

Malahan pemilihan pakaian serta kasut tumit tinggi yang di pakai oleh Hawa dalam episode malam tadi amat sinonim dengan imej yang sering di tampilkan oleh Neelofa sendiri sebelum ini dalam rancangan hiburan berkenaan.

Mengintai keruangan komen pula, sudah pasti imej Hawa itu rancak di perkatakan oleh para netizen.

Apatah lagi Neelofa sebelum ini sudah membesar bersama rancangan Meletop selama hampir 8 tahun sebelum meninggalkan rancangan tersebut pada tahun 2020.

Di ruangan komen, Netizen berkata bahawa rancangan Meletop sedikit sebanyak sudah kehilangan aura sendiri dek kerana mencari pengacara yang mempunyai wajah mirip Neelofa. Berikut di kongsikan komen netizen.

Komen Netizen itu lagi, daripada baju sampai kasut yang di sarung oleh Hawa Rizwana itu seolah- olah ingin menyerupai bekas pengacara Neelofa.

Rancangan tersebut juga di katakan masih lagi di bayangi bekas pengacara dan usahawan tersohor berkenaan.

Kesian Hawa, baru je jadi pengacara dah macam- macam Netizen komen. Netizen pun kenalah bagi peluang kepada Hawa untuk buktikan bakat. Semoga Hawa terus kuat ya.

Sumber: ig Melet0p

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!