“Dah pro pun masih belajar dan berguru, salute”- Netizen

Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita yang tersohor di Malaysia. Kebanyakkan drama – drama tempatan yang di lakonkan oleh pelakon berbakat besar ini akan sentiasa mendapat tempat di hati para penonton. Penangan watak- watak yang di bawakan oleh Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan juga sering menjadi bualan para peminat drama melayu.

Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa. Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Sebagai rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai.

Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Menerusi perkongsian terkini pelakon tersebut di Instagram, Fasha berkongsi satu video yang memaparkan beliau bertemu pelakon veteran Fauziah Nawi untuk menuntut ilmu demi menjayakan watak untuk drama terbaru beliau.

Dedah Fasha lagi, drama berkenaan turut menampilkan adiknya Elisya Sandha, Shah Jazle dan juga Aeril Zafrel. Tahun ini, beberapa drama lakonan Fasha menjadi tular seperti D3ndam Seorang Isteri dan Khilaf Asmara.

Ibarat kata pepatah Fasha Sandha membawa resmi padi di mana makin berisi makin tunduk. Walaupun sudah lama dalam industri dan sudah banyak ilmu yang beliau perolehi sepanjang berkecimpung dalam industri seni namun Fasha sentiasa merendahkan diri.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang sudah tidak sabar menantikan tayangan drama berkenaan. Berikut merupakan antara komen- komen buat pelakon hebat berkenaan.

Kualiti lakonan Fasha Sandha seiring dengan bakat lakonan dan pengalaman beliau yang sudah bertahun di dalam industri lakonan tanah air.

Namun begitu, Fasha tidak pernah meninggi diri dan sentiasa mencari guru untuk memperbaiki lakonan beliau. di sebabkan itu beliau masih kekal releven untuk berlakon. Terbaik Fasha.

Sumber: Instagram fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!