“Dah la suara tak sedap, tiada anugerah dari ilahi pun takde” – Datin Shahida

Sememangnya bakat dan kelebihan itu adalah anugerah dari Ilahi. Tetapi, perlu diingatkan bahawa bakat itu adalah sesuatu yang boleh digilap. Andai kata mahu jadi seorang penyanyi, tetapi suara agak tidak merdu, boleh saja masuk ke kelas nyanyian dan berlatih skills nyanyian. Betul tak korang semua ?

Jadi, kadang tu, tidak perlulah mengeluh, bahkan yang sebaliknya kita kenalah berusaha untuk mencapai matlamat yang kita inginkan tu. Cuba korang kongsikan achievement yang telah pun korang capai dengan segala improvement diri korang.

Ada dimuat naik video telatah pasangan suami isteri yang selalu saja menjadi perhatian ramai iaitu pasangan suami isteri kepada Dato Alif dan juga Datin Shahida. Pasangan ini sangat serasi, walaupun kadang Dato Alif banyak sangat ragam nya.

Sedia maklum bahawa Dato Alif banyak sangat ragam yang mencuit hati, manakala isteri kesayangan nya Datin Shahida selalu saja menjadi penyeri. Datin Shahida seorang yang sangat lemah lembut, dan masuk air juga bila dengan suaminya.

Datin Shahida yang memuat naik video nya memberik komen terhadap lagu raya suami kesayangan nya itu.Kita semua tahu, tiap kali hendak tibanya Syawal sudah pasti akan ada saja lagu yang bakal dikeluarkan oleh Dato Alif, dan akan jadi viral.

Tetapi, ini kata isterinya “Saya ni kalau tanya pasal lagu raya aliffsyukriterlajaklaris memang saya akan jujur, takde nak selindung selindung ye. Kalau tak sedap memang saya akan kata tak sedap. Suara memang sah sah ke laut, penghayatan langsung takde. Memang takde langsung anugerah dari ilahi.”.

Aduhai, ngekek baca caption yang ditulis oleh isterinya itu. Jujur sangat Datin komen dekat suara suami. Tak bertapis langsung ye, sabar jelah. Mesti sebab dah terlalu biasa tiap hari dengan suami nya menyanyi dekat rumah kan ? Lucu pasaangan suami isteri ni.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan komen yang diberikan oleh Datin Shahida terhadap suami kesayangan nya itu. Sampai hati eh Datin cakap macam tu dekat Dato. Takpalah, komen isteri sendiri, mana tahu nanti lagu tu jadi viral.

Esok lusa dapat join kelas nyanyian dan suara nya bertambah baik serta merdu dari hari ke hari. Siapa tahu kan ? Korang semua ada tak bakat yang dulunya terpendam dan kini korang dah pun cuba gilapkan ? Apa kah achievement tersbesar yang korang pernah buat ?

Sumber : Ig Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!