“Dah la Amer haritu xnk tglkan Aleesa, dah nk habis baru tglkan” – Netizen

Tak semua pelakon drama berterusan memuat naik babak di dalam drama tersebut dengan akaun peribadinya. Rata-rata menggunakan akaun khas utk drama tertentu. Namun, Aedy Ashraf kerap memuat naik semula babak-babak kegemaran di dalam drama Kisah Cinta Kita. Memang peminat suka kerana mereka gemar melihat pasangan ini bersama. Drama Kisah Cinta Kita bakal tamat pada 4 Januari 2022 jam 7 petang.

Keakraban mereka berdua disenangi peminat, sehingga di luar set juga mereka dipanggil dengan nama watak drama. Amer dan Aleesa.

Aedy dan Amelia, digandingkan buat pertama kalinya dan terus trending nombor satu. Pasangan sama cantik sama padan ini mencetus kegilaan buat pemuda-pemudi yang sukakan drama yang romantik.

Setiap kali Amelia bersiaran langsung di ig, pasti peminat meminta Aedy turut serta. Memang sukar untuk mereka berpisah bagi peminat, walaupun di alam maya, heheh.

Keselesaan mereka juga nampak ikhlas dan serasi bersama, semoga mereka berjodohan. Kita doa yang baik-baik sahaja.

https://www.instagram.com/p/CYQew-fvw_a/?utm_medium=copy_link

Aedy dan Amelia sejak dari zaman kanak-kanak sudah giat aktif di dalam dunia hiburan. Banyak drama yang telah mereka lakonkan watak-watak yang pelbagai. Jadi tak heranlah sehingga sekarang mereka sudah pakar mendalami watak yang sedemikian.

Sebelum ini Aedy yang popular dengan drama Budak Tebing, manakala Amelia pula popular sebelum ini dengan drama Pengantin 100 Hari. Sekarang mereka berdua kembali menyengat di dalam drama Kisah Cinta Kita.

Gandingan serasi mereka berdua diterima peminat. Semoga ada drama baru yang mengandingkan mereka sekali lagi. Pasti ditunggu-tunggu peminat.

Yang nak mereka berkahwin tu, kita doa yang baik-baik ye.

Sumber: ig aedyashraf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!