“Cute macam pakai helmet” – Netizen

Seronoknya mempunyai anak sendiri. Nak pulak mukanya sebijik ibu atau bapanya, orang luar yang tengok pun rasa teruja. Dah bagaimana acuan, begitulah bentuknya, itu yang boleh diperkatakan tentang anak kepada pelakon cantik lawa, Emma Maembong ini. Melihat video dikongsikan Emma ini, memang tak dinafikan anaknya nan seorang ini memang mengikut betul raut wajahnya.

Daripada kulitnya yang mulus, rambutnya yang perang, senyuman, warna mata dan air muka memang banyak mengikut Emma. Justeru tak hairanlah Shariq Gabriel, 2, pun tampak comel macam ibunya itu.

Sampaikan selain netizen, rakan artis juga ada memuji. Tak kurang yang menyatakan muka mereka berdua sama. “Bdk kecik tu sebijik mung timoh” kata aktres senior, Sheila Mambo yang memberikan respons di ruangan komen.

Kata orang kalau banyak ikut muka mak ni, sejuk. Apa yang sejuk tu ya… Tapi kalau lihat wajah suami Emma, Muhammad Shazli Azhar pun dah macam muka Emma pun ada. Jadi ada la tu Gabriel mengikut wajah kedua ibu bapanya.

“Hahaha geramnya aku budak ni”, “Tempurung boy. But of coz still cuteee”, “Comel macam mushroom rambutnya”, “Dah macam tempurung kelapa”, “Wah baik juga idea ni eh”. Itu antara komen netizen.

Menariknya dalam video dikongsikan itu, Emma menunjukkan kaedah bagaimana dia dan suaminya mem0tong rambut Gabriel ketika si kecil itu lena. Pastinya p0tong rambut sukar dilakukan pada anak kecil yang tak tahu duduk diam hingga Emma memilih melakukannya ketika waktu tidur Gabriel.

Lebih menerujakan mereka pakai teknik letakkan double sided tape sebelum rambut dik3rat bagi mengelak ia bersepah di tempat tidur. Lihat saj4lah cara Shazli meng3rat rambut anaknya itu. Nampak mudah kan…

Walaupun hasilnya rambut seperti bentuk tempurung kelapa tetap nampak comel. Ramai pulak yang bersetuju dan geram melihatnya. Tak kurang yang mahu mencuba kaedah sama bagi mem0tong rambut anak masing-masing.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, aktif dalam dunia seni sejak 2012 lagi. Bapanya berketurunan Melayu Terengganu manakala ibunya orang Scotland. Ibu bapanya telah berpisah dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020. Mereka telah dikurniakan Gabriel pada 8 November 2020. Moga sihat- sihat dan baik sahaja anak beranak ni ya…

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!