“Comelnya Isaac dah pandai sebut nama daddy ngan mummy dia” – Netizen

Jika peminat setia Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, pasti akan cukup kenal dan sedia maklum dengan puteranya sulung mereka yang bernama Isaac tu kan. Sekali pandang Isaac, confirm terus cair. Mana taknya, lesung pipit dalam betul, geram je rasa nak pinjam lesung pipit dia tu.

Walaupun umurnya baru saja setahun lebih, tapi gelagat nya sangat mencuit hati. Pandai je nak buat mummy dan daddy nya tu tersenyum. Bak kata orang, banyak akal betul. Mesti Aiman yang banyak ajar Isaac tiru gelagat yang lucu-lucu tu.

Kita juga sudah sedia maklum bahawa kadang-kadang keluarga ini akan pulang ke Australia. Tapi, bukanlah penghalang bagi mereka untuk tidak mengajar Bahasa Melayu kepada Isaac, takdeklah nak 24 jam speaking.

Isaac pun kadang-kadang faham juga bahasa ibunda, seperti contoh di video yang dimuat naik oleh mummy nak menanyakan Isaac siapakah mummy dan daddy Isaac. Haa, siapa tak tengok lagi video tu, lekaih tengok.

Bila ditanya siapa mummy dan daddy Isaac, terus dijawab nya “Aman dan Ewwaaa”. Pandai betul dia jawab. Aman tu daddy nya iaitu Aiman manakala Ewwaa pula mummy nya Zahirah. Walaupun tak berapa jelas dan pel4t, tapi tetapi difahami, yelah kecik lagi kot.

Kalau gurauan orang-orang tua, mereka suka menyakat kanak-kanak kecil dengan bertanyakan mereka siapa nama mak dan ayah si anak kecil.

Apabila si kecil tu tak dapat jawab, mesti aunty-aunty tu akan cakap “boleh dah ni c0lik sebab tak tahu nama mak ayah”. Tapi itu hanya gurauan saja, saja nak test sama ada si kecil tu tahu tak siapa ibu dan bapanya.

Antara komen netizen ialah “Eee pandainya Isaac comel pulak tu”, “Comelnya Isaac dan pandai sebut mummy dan daddy dia” dan sebagainya. Comel kan Isaac pandai je duk sebut Amann dan Ewwa.

Sememangnya untuk melatih anak kecil petah berbicara, amatlah digalakkan untuk melatih mereka sejak dari kecil lagi. Boleh je slow-slow ajarkan mereka supaya nanti dah agak besar, mereka pandai berbicara. Contohnya macam si Comel Isaac ni lah, pandai je berbicara, tak kekok pun.

Justeru, kecomelan Isaac ini memang tak dapat dinafikan lagi. Tak sabar lah nanti nak tengok Isaac cakap itu ini, bebel sana sini. Mesti comel kan dengan lesung pipit nya yang dalam tu. Aissh, geram betul lah.

Sumber : Ig Zahirahmacwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!