“Comelnya, dua-dua bestie”- Netizen

Istilah bestie atau pun sahabat baik ini bukan ada pada mereka yang sudah remaja dan dewasa. Tapi, sejak kecil lagi, dah boleh ada bestie sendiri tau. Ingat lagi tak zaman kita kecil-kecil dahulu, zaman-zaman ketika Tadika dahulu, kita bermain dengan sahabat karib kita. Ingat lagi tak ?

Main pasir, main memasak dan banyak lagi. Ada yang suka pergi ke sekolah sebab nak jumpa bestie mereka je tau. Hehe, katanya nak pergi school sebab nak jumpa kawan je, excited nak jumpa kawan. Pernah tak iainya berlaku.

Tengok gelagat anak-anak bersama dengan kawan mereka, comel je kan berpegangan tangan, bersuka ria. Tiap-tiap petang datang rumah nak ajak bermain. Yelah, budak-budak kecil, apa yang mereka tahu hanyalah main saja.

Ada dimuat naik video anak-anak comel iaitu anak kesayangan Tya Ariffin dan juga bestie nya yang bernama Taalia iaitu anak kepada Izara. Bukan main happy lagi eh Ara dengan bestie dia, macam anak patung tau, geram sangat tengok kecomelan nya tu.

Baju tu sama fesyen je, alahai. Cair hati aunty-aunty ni tengok telatah dua orang anak comel ni tau. Nanti dah besar, mesti mesti cantik sangat dua orang ni kan ? Kecil-kecil dah cantik macam ni, nanti besar lagilah menawan, aish tak sabar nak tengok dua orang bestie ni.

Rata-rata netizen semua nya teruja melihat kemesraan dan kecomelan dua orang bestie tu. Mana taknya, siapa je tak cair hati tengok mereka berdua ni kan ? Kalau boleh, kita pun nak join group mereka berdua tu, hehe comel sangat lah awak ni dik.

Selalu tak tengok anak-anak korang dengan bestie nya ? Mesti excited kan tiap kali mereka berjumpa, tak puas jumpa di sekolah, kalau boleh diajak nya pergi ke rumah bestie mereka tengah-tengah malam tu, atas alasan nak ajak main. Hehe, betul tak ?

Korang ada tak kawan baik yang kenal sejak di sekolah dulu, sehingga sekarang masih menjadi sahabat baik, ke sana sini. Seronok kan ada kawan baik yang selalu ada, di saat susah dan juga senang kita. Yang sentiasa ada di setiap keadaan. Apa pendapat korang ?

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa mempunyai sahabat baik adalah impian semua. Tak kisahlah sahabat baik yang kenal secara online atau secara physical, tetapi adalah seronok jika ada orang yang sentiasa rela dengar luahan kita. Setuju tak ?

Sumber : Ig Azzahrajiwaasyraf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!