“Comelnya cara dia mengadu”- Netizen

Tiap kali anak-anak balik dari sekolah, pasti mereka excited menunggu orang tua mereka untuk ambil mereka balik, betul tak ? Kalau terlambat ambil, adalah tu kejap lagi dibebel nya, merajuk dan sebagainya. Ada juga yang selalu berkongsi cerita apa yang mereka lakukan pada hari tersebut di sekolah.

Tiap kali mereka bercerita dalam perjalan pulang tu, bermacam-macam topik lah dikongsi nya, ada yang berkongsi cerita tentang kawan baru lah, aktiviti yang dilakukan dan ap a. Tapi, lain pula puteri kepada Almy Nadia dan Fizz Fairuz ni, haaa cerita apa agaknya.

Anak nya yang comel tu mengadu kepada mummy nya bahawa rakan sekolah lah nya telah membantai nya, bila ditanya dibantai macam mana, terus si kecil tu tunjuk macam mana gaya nya dibantai. Bak kata netizen sebab Yayang comel sangat sebabtu kena kacau.

Haa, kena bantai dekat tangan katanya. Tapi, jangan risau kerana iainya hanya gurauan kanak-kanak. Kuat mengadu ke si comel ni, mummy dia tekun je mendengar tidak mudah jemu pun dengan telatah anak nya. Best ada parents macam ni.

Biasalah, kanak-kanak kan suka bergurau, lebih-lebih lagi bila mereka ada banyak kawan, makin banyak lah celoteh masing-masing. Tapi, harus diingat juga gurauan haruslah berpada-pada dan tidak berlebihan, nanti lain pula jadinya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si comel yang mengadu dekat mummy nya itu, bukan main lagi siap buat gaya gitu gini tau. Pandai betul bercerita dengan details, kakaknya dekat tepi tu pun duk dengar jelah apa yang adiknya cerita tu.

Kelmarin si comel tu menangis balik sekolah kata kakak nya tinggal dia, kelakar betul lah dik oii. Banyak betul masalah nya, yang paling best sebab mummy nya suka melayan dengar cerita anak dia tu, comel betul tengok diorang ni.

Anda semua sebagai ibu bapa, biasa tak dengar celoteh anak-anak setiap kali mereka balik sekolah. Yang biasanya ditanya tiap kali masuk musim peperiksaan saja kan, sama ada boleh menjawab dengan baik atau tidak.

Apa pun, kita haruslah menjadi ibu bapa yang sentiasa supportive dan memberikan perhatian kepada anak kita, mereka inginkan teman untuk bercerita dan membuatkan mereka rasa selamat. Betul tak ? Lucu kan dibuatnya.

Sumber : Ig Almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!