“Cian lah kakak, sabar ye”- Feeya Iskandar

Melihat gelagat anak-anak kecil sememangnya mampu menghiburkan ibu bapa. Tatkala ibu bapa bersusah payah membesarkan anak-anak, kerenah anak-anak lebih menyerikan lagi rumah tangga buat suami isteri. Lebih mengujakan lagi buat ibu bapa apabila mereka dapat membesarkan anak-anak di hadapan mata dari kecil sehinggalah mereka sudah mula masuk ke alam persekolahan.

Bila ibu bapa dah mula melepaskan anak-anak mereka untuk bersekolah, macam-macam terjadi di hari pertama persekolahan. Bukan setakat hari pertama persekolahan je, hari-hari lain pun pasti akan terjadi peristiwa melucukan buat anak-anak.

Seperti selebriti Almy Nadia, anak sulungnya juga antara yang pertama kali bersekolah. Jika anda mengikuti laman sosial media milik Almy Nadia dan pasangannya Fizz Fairuz, pasti anda sudah tahu bahawa pasangan ini sudah memiliki empat cahaya mata perempuan.

Baru-baru ini, Almy Nadia berkongsi video gelagat lucu anak sulungnya yang menangis gara-gara kehilangan selipar.

Takut punya pasal, berlinangan air mata anak sulung Almy yang comel ini walaupun hanya sekadar selipar sahaja yang hiilang. Gelagat anak sulungnya itu juga membuatkan Almy Nadia terhibur.

Ketawa Almy Nadia membuatkan netizen juga turut berasa lucu melihat mereka anak-beranak. Begitulah kalau ada anak perempuan kan, hati mereka mudah tersentuh hehe..

Video yang dikongsi Almy telah mencuri perhatian ramai netizen sehingga netizen juga turut berkongsi pengalaman anak mereka yang sama situasi sebegitu.

Dalam pada itu, video tersebut telah menerima 260,000 tontonan dan 445 komen daripada netizen.

“Alololo n4ngis pulak kakak jnganlah takut, comel lah dengar almy gelak kita pun terikut gelak gahaha, kakak selipar terbang ke mana tu”-Netizen

Bila ada anak perempuan ini, memang mencabar buat ibu bapa yang nak handle. Walau apa pun, anak perempuan ni mudah untuk dipujuk. Bagi makanan pun dah okay, betul tak? Hehehe..

Sumber: Instagram almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!