“Cantiknya Maya, secantik mama dia” – Netizen

Tampak sentiasa bergaya, anggun dan profesional… wajah personaliti ini mungkin tak asing lagi dalam kalangan sosialit tempatan di negara ini. Mula dikenali sebagai pembaca berita dan kemudiannya pengacara, Dr Sharifah Shawati Syed Mohd mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Bukan saja dek mata besar dan taj4m dengan senyuman lebarnya yang menarik perhatian, tetapi penata gaya ini mempunyai imej tersendiri.

Pada usia 52 tahun, ketrampilan Shawati tetap menancap pandangan. Sudah tentu ahli keluarga terutama anaknya juga menarik perhatian dan bualan terutama dalam kalangan netizen.

Seperti dalam hantarannya kali ini, selain dirinya, wajah anak perempuan kesayangannya ini juga jadi topik netizen. Ramai merasakan mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi.

Wajah anak Shawati, Wan Maya Letisha dikatakan sama sepertinya. Tampak kelembutan dan bergaya. Tak mustahil boleh menyambung legasi ibunya suatu hari nanti. Siapa tahu…

“I simply love seeing how beautifully u adorned urself.. So classy & all… u are one cantik, classy lady in Malaysia”, “Cantiknya maya dan mama.…”, “Cantik nya maya… secantik ibunya”, “Cantik mcm dulu2…”.

Itu antara kata netizen. Selain Maya, ibu kepada dua cahaya mata ini dalam pada itu turut berkongsi fotonya dengan seorang lagi anaknya, Wan Adam Shafique. Tinggi, hensem bergaya juga orangnya.

Menjengah ke kapsyen hantarannya, Shawati membayangkan foto dirakam merupakan momen bonding mereka tiga beranak yang menghabiskan masa dengan makan istimewa bersama.

Dah besar-besar anak Shawati. Sekali pandang dah macam kawan-kawan sebaya saja. Melawat ke media sosial Maya, rupanya dia juga mempunyai pengikut sendiri berjumlah lebih 23k.

Sekadar info, Shawati telah berpisah dengan bekas suaminya, Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim kira-kira tiga tahun lalu. Hanya selepas dua tahun berpisah, baharu ia dimaklumkan pada media.

Apa pun, Shawati yang juga bekas ketua pramugari MAS ini, kini tetap aktif dalam kerjayanya sebagai seorang usahawan, pakar motivasi dan perunding imej, pengacara dan juga penulis.

Sumber : IG Dr Sharifah Shawati

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!