“Fuhh macam telenovela” – Netizen

Ada pelbagai cara untuk mengabadikan kenangan bersama yang tersayang, apatah lagi sempena hari disatukan. Lebih kelainan dilakukan, barangkali lebih lagi ia diingati bukan sahaja buat simpanan pada memori mempelai sendiri, bahkan pada mereka yang turut tumpang gembira dengan berlangsungnya majlis di hari berbahagia seperti selebriti, Reen Rahim dan pasangannya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin ini.

Lihat saj4lah pekongsian video ala teaser drama telenovela Reen dan Ahmad Nur Hazim ini. Biasa kalau iklan-iklan telenovela seumpamanya akan buat macam ni. Tapi diaorang pun boleh.

Berbanding rakaman video biasa-biasa, memang kelainan dilakukan Reen dan Nur Hazim ini pun bikin keterujaan netizen. Dah macam nak promo drama baharu pulak.

Apabila berganding dengan Reen, wajah Nur Hazim pun sekali pandang dah nampak macam hero telenovela dari negara Latin yang biasa kita tonton kat stesen TV negara ni pulak kan…

“Vibe macam iklan perfume.. Classy and romantic”, “Prewedding ke.. ingat iklan jam tangan”, “Ok paling style pre wedding sis”, “mesti pre wedding ni buat sebelum akad nikah kan”, “Lain macam… nice”, “Fuhh mcm telenovela”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang yang merasakan video mereka ada style sendiri. Bahkan nampak sweet saja. Sesuai pulak gaya bersahaja dan mimik muka memasing yang nampak profesional.

Sudah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 24 Disember lalu, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas daripada suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

Dilaporkan media tempatan, Reen dan suami mendapat tajaan menganjurkan majlis perkahwinan mereka sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak. Wow… untunglah orang femes…

Gamaknya video ini pun hasil tajaan. Begitu pun tampak sesuai dan rasi dengan jiwa pasangan ini. Reen, 34 dan Nur Hazim 28, difahamkan berkenalan dua tahun lalu dan bertunang pada Ogos lepas.

Apa pun didoakan moga jodoh pasangan sama cantik, sama padan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang sihat dan baik.. Macam cerita telenovela, happy ending je…

Sumber : IG Reen Rahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!