“Cantiknya Mama Zahirah, muda lg rupanya” – Netizen

Mana tumpahnya kuah jika tak ke nasi… kalau lihat daripada fizikalnya tampak sama cantik sama helok saja anak beranak ni. Yang bestnya tu ibu kepada selebriti, Zahirah MacWilson ni kelihatan muda dah macam kakak pula kepadanya. Lihat saj4lah hantaran dikongsikan Zahirah di media sosialnya ini. Biarpun sudah bercucu, ibu Zahirah kelihatan masih muda.

Kulitnya yang cantik pun masih tegang gitu… Buat peminat dan pengikut pernah membaca perkongsian Zahirah dalam foto hantarannya pasti perasan, wajah muda ibunya hingga sekarang lebih kurang sama saja.

“Muda lagi rupanya mama….BTW hpy bsdy oma ijack”, “Cantiknya”, “Mcm muka mommy leona pun ade”, “Semua cntik Dan lawa 2x”, “Sama cantik”, “She is so beautiful.. Happy birthday to your mum”, “Makin cantik mak nya…”

“Mudanya mama Zahirah”, “Cantik nya mama awak.. happy besday”, “Cantik betul mama nya”, “cantiknya nenek isaac”, “ Cantik gila mama”, “Cantiknya nenek isaac”, “@maslindayusoff_ May Allah bless you and family with Good Health”.

Itu antara komen netizen. Selain terkesima dengan ketrampilan ibu Zahirah, Maslinda Yusoff itu, tak kurang juga netizen mendoakan kesihatan dan kebahagiaannya menjelang usianya kini yang sudah 49 tahun.

Muda lagi rupanya ibu Zahirah ya… Apa agaknya rahsia kecantikannya sehingga dia nampak muda saja. Yang pasti sekali pandang dah macam kakak saja kepada anak-anaknya itu.

Zahirah pula tahun ini baru memasuki umur 28 tahun. Sekadar info, Zahirah merupakan anak sulung daripada empat beradik dari pernikahan ibunya dengan bapanya, pelakon, Zainol MacWilson.

Begitupun selepas berpisah dengan Zainol pada 9 November 2015, Maslinda pada 24 Mac 2018 bertemu pula jodoh dengan duda anak tiga, Hairul Azni Bendiamin, 53, seorang warga Singapura.

Dikhabarkan Zainol juga sudah mendirikan rumah tangga pada Jun 2016. Dalam pada itu Zahirah juga sekali sekala ada memperlihatkan anaknya yang seorang itu, Isaac Raees bertemu datuk dan neneknya.

Dek cantik tinggi lampai, Zahirah memulakan kerjayanya sebagai model seawal usia 12 tahun lagi. Dia mendirikan rumah tangga dengan Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020 dikatakan berkenalan dalam drama Curi-Curi Cinta.

Sumber : IG Zahirah MacWilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!