“Klo bab ni, aku sokong Iqbal, bubuh ja biar dia sedar diri”- Netizen

Nama usahawan kosmetik sensasi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak lekang di bibir netizen setiap kali menjelang perayaan hari raya. Manakan tidak, usahawan berkenaan saban tahun tidak berpuutus asa mencuri perhatian tampil dengan lagu raya untuk menghiburkan para penggemar beliau. Meskipun sering kali di kritik, namun Datuk Aliff sentiasa positif dan menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi.

Datuk Aliff atau nama sebenarnya Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tidak segan silu untuk mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana beliau merasakan dirinya memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu- lagu yang di nyanyikan beliau yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.

Datuk Aliff juga semakin bersemangat apabila baru- baru ini penyanyi kesayangan negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau mesra dengan panggilan Tokti juga telah ‘mengesahkan’ bahawa kini Datuk Aliff Syukri merupakan pemegang status sebagai penyanyi nombor satu negara, sekali gus nama Tokti kini berada di ‘belakang’ usahawan kosmetik tersebut.

Perkara itu ‘diakui’ oleh Tokti sewaktu membalas komen yang di tulis oleh Datuk Aliff secara berseloroh pada hantaran video promosi tudung terbaru di Instagram penyanyi tersohor berkenaan. Dalam masa sama, Tokti yang melayan mesra komen tersebut ‘mengakui’ Datuk Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu dalam negara.

Bagaimanapun jawapan yang tidak di sangka dari Tokti yang mengakui Datuk Aliff sebagai penyanyi no 1 membuatkan hantaran komen berkenaan menjadi tular di media sosial. Rata- rata peminat merasa terhibur dengan maklum balas Tokti namun memuji Tokti yang ‘sporting’ melayani gelagat Datuk Aliff Syukri itu.

Datuk Aliff sebelum ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila melancarkan lagu raya terbaru berjudul Cak Kun Cak Raya. Dalam klip video berkenaan Datuk Aliff di lihat menari dan di iringi oleh sekumpulan penari yang memakai set baju melayu yang sangat ketat lengkap bersamping serta bersongkok.

Walaupun video muzik berkenaan mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen, Datuk Aliff juga mempersoalkan mengenai kritikan berkenaan memandangkan lagu yang di lancarkan oleh beliau saban tahun mendapat perhatian dan juga jumlah tontonan yang tinggi di media sosial.

Datuk Aliff juga meminta supaya orang ramai membuka mata dan telinga terhadap bakat nyanyian yang di miliki oleh beliau. Netizen seakan sudah lali dengan gimik yang di lakukan oleh usahawan berkenaan dan berpendapat Datuk Aliff muncul dengan lagu raya baru semata mata untuk meraih perhatian netizen.

Menerusi Instagram salah seorang rakan usahawan Ahmad Iqbal, beliau mengambil kesempatan bertemu Datuk Aliff di suatu majlis yang di anjurkan oleh pihak stesen televisyen swasta untuk menegur Datuk Aliff mengenai lagu terbaru Datuk Aliff berkenaan.

Komen Ahmad Iqbal lagi, klip video lagu Datuk Aliff berkenaan tidak bersesuaian dengan konsep lagu raya. Iqbal juga bertanya sekiranya Datuk Aliff masih belum sedar diri memandangkan saban tahun menerima kritikan daripada netizen mengenai lagu yang di lancarkan oleh beliau.

Tepis Datuk Aliff, beliau meminta supaya Iqbal membuka mata dan telinga terhadap suara beliau memandangkan Tokti sendiri sudah mengakui bakat dan juga kedudukan dirinya sebagai penyanyi nombor satu dalam negara. Malahan Datuk Aliff meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi luar negara Justin Timberlake dan Michael Jackson.

Iqbal secara lantang menegur Datuk Aliff bahawa tindakan Tokti berkenaan hanya untuk menjaga hati beliau. Malahan Iqbal sendiri pernah menyertai pertandingan nyanyian untuk mencuba nasib sebagai penyanyi berbanding Datuk Aliff yang tidak pernah mempunyai latar belakang nyanyian dan menyertai pertandingan nyanyian.

Teguran daripada Iqbal secara lantang berkenaan ternyata membuatkan Datuk Aliff naik angin sehingga membuatkan usahawan sensasi berkenaan berseloroh mengacah mengambil kasut yang di pakainya untuk di baling kearah Iqbal.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen menyokong tindakan berani Iqbal yang menegur Datuk Aliff dan berpuas hati dengan kritikan pedas yang di lemparkan oleh Iqbal terhadap rakan usahawannya itu.

Kata- kata Iqbal tersebut sangat mewakili suara hati warganet yang selama ini sudah puas menegur Datuk Aliff menerusi media sosial. Netizen juga turut meminta supaya Datuk Aliff cuba menyertai mana- mana pertandingan sebelum layak di gelar penyanyi nombor satu negara. Berikut di kongsikan komen netizen.

Sebagai rekod, Iqbal juga pernah bergelar penyanyi apabila melancarkan sebuah lagu single berjudul Hujan dan mendapat jumlah tontonan sehingga 1 juta di platform youtube sekitar Oktober 2021.

Beliau juga menyertai sebuah rancangan reality televisyen berbentuk nyanyian sekitar tahun lalu namun tersingkir pada konsert pertama.

Sumber: ig ahmad iqbal zulkifli dan aliff syukri terlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!