“Cantiknya, labuh dan longgar” – Netizen

Tiada perkataan yang benar- benar sesuai rasanya jika hendak menggambarkan kejelitaan pelakon dan usahawan berjaya Nur Fazura atau nama sebenar beliau Nur Fazura Binti Sharifuddin ini. Perkahwinan beliau bersama pasangannya Fattah Amin juga cukup di restui oleh para peminat apabila kedua- duanya bertemu jodoh ketika berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua menerusi drama Hero Seorang Cinderella ketika itu sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan.

Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Pasangan ini juga cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada para peminat mereka berdua. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Kini kehidupan pemilik nama Fazura ini boleh di gambarkan sebagai sempurna. Selain dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang begitu comel sebagai pelengkap bahtera rumah tangga, beliau juga sangat bersyukur dengan laluan kehidupan barunya setelah berhijrah tahun lalu.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut sering terjual kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat.

Meskipun kini beliau sudah mengurangkan aktiviti seninya kerana sibuk menguruskan perniagaan, namun kerinduan para peminat terhadap lakonan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu terubat apabila beliau mengambil inisiatif untuk berlakon di dalam drama pendek bagi mempromosikan tudung keluaran terbaru di bawah jenamanya tempoh hari.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.

Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Rezeki pelakon telemovie Manisnya Cinta Di Cappadocia ini pula kian mencurah setelah beliau berhijrah. Terkini beliau telahpun di lantik menjadi duta susu jenama Enfagrow.

Di perkongsian Fazura sebelum ini, beliau telah berkongsikan khasiat dan kebaikan susu tersebut untuk anaknya Fatima. Terkini menerusi perkongsian terbaru di Instagram, pelakon cantik tersebut telah memuatnaik beberapa keping gambar beliau menghadiri majlis yang di anjurkan oleh pihak Enfagrow Malaysia.

Namun begitu, penampilan beliau semasa menghadiri majlis tersebut menjadi sebutan dan perhatian warganet kerana beliau telah memilih untuk berpakaian secara sederhana dengan mengenakan baju yang labuh dan longgar seperti yang di tuntut di dalam agama sendiri.

Perubahan penampilan pelakon jelita itu yang semakin positif membuatkan para peminat lebih menyenangi usaha serta sikap beliau dalam memperbaiki dirinya.

Sejuk hati para peminat Fazura apabila melihatkan penampilan beliau yang kian mengambil inisiatif dan usaha untuk mengenakan pakaian yang labuh serta longgar secara bersederhana tanpa terlalu mencuba untuk mengikuti perubahan aliran fesyen semasa.

Sehingga kini perkongsian di Instagram Fazura itu telah mendapat sebanyak 15,616 tanda suka dan menerima 176 komen daripada para peminat.

Rata- ratanya para peminat menulis bahawa mereka semua amat menyenangi penampilan sopan Fazura. Meskipun berpakaian labuh dan longgar Fazura tetap kelihatan cantik dan manis. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Kongsi Fazura sebelum ini, hanya doa yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki yang dilimpahkan kepadanya selama ini.

Memiliki suami penyayang dan mempunyai kerjaya seni yang cukup berjaya dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu sempurna.

Sumber: ig missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!