“Bini2 dorang kt rumah tu bertabahlah la ye, suami anda jd tatapan” – Netizen

Anggota unit bomba telah banyak berjasa kepada masyarakat dalam menjaga keselamatan kita semua di negara ini. Melihat pelbagai jasa yang dilakukan oleh anggota beruniform ini, betapa banyak budi dan jasa yang ditaburkan oleh pasukan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Tak donafikan, besar pengorbanan mereka buat kita semua dan apa sahaja pertolongan pasti mereka yang sanggup turun padang membantu rakyat Malaysia.

Semenjak akhir-akhir ini, anggota bomba menjadi perhatian ramai netizen semenjak tular video barisan anggota bomba yang bertubuh sasa ketika berlangsungnya perarakan merdeka pada 31 Ogos lalu.

Laman Sosial media dipenuhi dengan video dan gambar jejaka daripada unit bomba bertubuh sasa sehinggakan mereka juga sudah popular dalam kalangan netizen.

Bukan setakat golongan wanita di luar sana sukakan abang bomba, selebriti Elizabeth Tan pun sempat lagi berkongsi video bersama sebahagian anggota bomba bertubuh sasa.

Baru sekejap je Lizzy panggil ‘abang bomba’, terus berduyun-duyun abang bomba datang hehe..

Memang anggota bomba pun turut sama teruja melihat Lizzy di hadapan mereka memandangkan Lizzy sebahagian selebriti yang popular dan wajah yang cantik.

Confirm lah abang bomba semua nak bergambar dengan Lizzy kan hehe.. yang penting semua abang bomba sporting.

Selain itu, posting video tersebut telah menerima tontonan yang ramai sehingga mencecah 263,000 ulang tayang. Rata-rata netizen memberikan pelbagai respon menerusi ruangan komen.

Ada juga sebahagian netizen mengusik Lizzy dan teruja melihat badan tegap anggota bomba tersebut.

Laju betul abang bomba ye bila Lizzy memanggil. Terpegun kejap tengok bicep abang bomba, patut lah popular betul.

Sumber: Instagram Elizabethtan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!