“Bini-bini bergaya, laki biar bawa bag camtu”- Netizen

Biasanya yang suka kan barangan berjenama dan lawa-lawa ni hanyalah golongan wanita, kadang-kadang tu mereka sanggup menghabiskan wang hanya untuk membeli barangan yang mereka ingin kan. Itulah apa yang mereka ingin selama ni. Golongan wanita ni faham-faham jelah macam mana kan.  Tak payah cakap banyak, orang dah tahu.

Wanita suka pakai yang elegent dan stylo. Mana taknya, bagi mereka itu adalah satu kepuasan. Belum lagi cerita kalau mereka nak pergi jalan sana sini. Sudah pasti segala persiapan sudah dilakukan sejak dahulu lagi. Barang-barang pun dah dibeli satu atau dua bulan yang lepas. Betul tak ?

Tapi, bukan lah semua nya begitu. Ada juga yang jenis simple. Tak kisah la lelaki atau perempuan, sama saja. Tapi, seperti yang dimaklumkan bahawa lelaki jenis yang lebih simple. Betul tak ? Tapi, ada juga lelaki yang jenis tak simple sangat.

Seronok sebenarnya jadi seorang yang simple ni, tak perlu nak kalut-kalut sediakan ini dan itu,cukup bagi mereka jika sesuatu perkara tu memadai,tak perlu nak extra extra lagi. Chill je sokmo, tapi cukup je keperluan nya.

Baru-baru ini ada dimuat naik video penyampai radio Sinar Fm iaitu Rahim. Rasanya rata-rata sudah cukup beliau, lebih-lebih pendengar setia Radio Sinar FM. Kecoh kan mereka ni kalau di corong radio. Ada saja lawak nya yang tak berkesudahan tu.

Video yang berkisahkan tentang ada apa dalam beg yang selalu dibawa oleh Rahim setiap hari di tempat kerja nya. Sebab apa iainya nampak menarik sudah semestinya kerana beg berwarna biru tersebut kelihatan sangat simple. Simple sangat bila dilihat.

Selepas Rahim reveal kan ada apa saja dalam beg nya, mesti anda akan rasa beliau ni sangat simple orangnya. Rupanya barang yang dibawa setiap hari ke konti adalah seperti cermin mata, kuaci, telfon dan gula-gula.

Senang nya lah jadi macam tu kan. Kalau perempuan memang tak lah akan sesimple begitu, belum lagi dicerit pasal beg make up para wanita. Bukan apa, golongan wanita ni, asal make up nampak pudar saja dekat muka, cepat-cepat kena touch up balik.

Haa, korang rasa jenis yang macam mana ? Simple sangat atau yang sedang-sedang je. Bawak yang perlu saja lah ke sana ke sini. Belum lagi cerita apa yang ada dalam hand bag golongan wanita, kadang tu boleh sampai 5kg ke berat beg tangan mereka.

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!