“Bijaknya Isaac dah pandai sebut nama daddy dia”- Netizen

Pasangan pelakon yang sama cantik dan sama padan iaitu Zahirah Mc Wilson dan Aiman Hakim Ridza telah mendirikan rumahtangga pada 20 Feb 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. Buat para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan ini, pastinya akan sentiasa tertunggu mengenai perkembangan kehidupan pasangan pelakon ini baik dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Kehidupan pasangan suami isteri bagaikan tidak lengkap tanpa cahaya mata. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini di kurniakan anak sulung mereka sekitar bulan Januari tahun lalu.

Untuk rekod anak sulung pasangan ini telahpun dilahirkan pada 5 Januari tahun lalu dan kini mereka berdua sedang diulit bahagia dengan kehadiran buah hati sulung mereka itu.

Pasangan ini juga turut berkongsi nama yang dipilih untuk anak mereka iaitu Isaac Raees bin Aiman Hakim. Aiman juga turut berkongsi dan memperkenalkan instagram anaknya itu kepada para peminat mereka.

Memiliki nama yang unik, di Instagram anaknya itu juga pasangan berkenaan turut berkongsi dan memuatnaik beberapa video gelagat dan gambar Isaac Raees bersama keluarga.

Terbaharu, satu video Isaac telah di kongsikan di Instagram. Di dalam video berkenaan, gelagat Isaac menjawab pertanyaan Aiman yang bertanyakan mengenai bapanya mencuri perhatian.

Para peminat pasangan ini juga turut berkongsikan semula video- video gelagat Isaac Raees di media sosial. Gelagat anak pasangan ini yang comel dan manja sememangnya menarik perhatian netizen yang merasa geram dengan kecomelannya.

Soal Aiman lagi, “Anak siapa” kemudiannya Isaac menjawab ‘Aiman’ membuatkan pelakon drama Kimchi Untuk Awak ini tersenyum gembira.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen merasa geram melihat gelagat kanak- kanak berkenaan. Isaac bukan sahaja semakin bertambah comel dengan lesung pipit, malahan kanak- kanak berkenaan juga semakin bijak dan mula petah bercakap.

Berikut dikongsikan juga komen- komen yang di tulis oleh netizen terhadap video gelagat Isaac yang di kongsikan semula oleh para peminat pasangan pelakon itu.

Gelagat yang di rakamkan itu membuatkan netizen mulai meneka sekiranya Isaac sebenarnya lebih rapat dengan Aiman berbanding ibunya.

Mungkin Isaac lebih manja dengan daddy berbanding mommy. Apa- apa pun, memang comel betul la Isaac ni dengan lesung pipit dia tu.

Sumber: Instagram lovemz95

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!