“Haha kan dah kena jerkah, padan muuka” – Netizen

Drama Risik pada Hati antara sebuah siri drama terbaru telah ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 27 Jun lalu menggantikan drama Bisik-Bisik Gelora. Kali ini, drama Risik Pada Hati menjadi tumpuan ramai penonton dengan barisan pelakon-pelakon hebat tempatan. Pelakon-pelakon hebat drama tersebut antaranya Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya selaku barisan watak utama.

Drama adaptasi daripada novel karya Hani Ramsul ini menceritakan tentang seorang isteri yang tidak dapat memberikan zuriat buat suami terpaksa merelakan perkahwinan suaminya bersama isteri kedua demi zuriat.

Pelbagai genre dalam drama ini melibatkan cinta, konflik dan keluarga. Selain watak utama yang menjadi tumpuan, watak antagonis dipegang Izzue Islam iaitu sebagai Nazim telah berjaya membuatkan penonton ‘geram’ dengannya.

Sikap cuurang Nazim dan suka berkasar dengan isterinya menjadikannya seorang suami yang dayus. Kalau sesiapa tengok watak dipegang Izzue, rasa nak m4rah je hehe..

Apabila drama tersebut di pertemgahan episod, mula lah Nazim menyesal apabila tersalah memilih wanita bernama Atilia yang rupa-rupanya hanya mengejar kemewahan Nazim.

Watak antag0nis dua pelakon ini sekaligus membuatkan netizen juga tidak suka melihat mereka di dalam drama tersebut.

https://www.instagram.com/p/CgQ0EgBj5VH/?

Sebahagian babak lakonan Izzue dengan pelakon gandingannya iaitu Shazia Rozaini telah dikongsi Izzue sendiri di laman Instagramnya.

Namun sempat lagi Izzue membuat netizen terhibur di penghujung video dikongsinya itu. Suka menyakat rupanya Izzue ni ye hehe..

Sementara itu, video Izzue mempromosikan drama Risik Pada Hati itu telah menerima 200,000 tontonan dan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Penghujung video lebih menarik perhatian netizen dan rata-ratanya tidak menyangka pengakhiran video jadi sebegitu.

Amboi Izzue, sempat kagi menyakat Shazia ya buat meme macam tu hehe. Tapi geram tengok Nazim dengan Atilia ni, j4hat betul diorang ni.

Sumber: Instagram izzueislam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!