“Bergegar phone bila Ernie ketawa, hahaha”- Netizen

Sebut saja nama Ernie Zakri dan Syamel, pasti semua dah tahu akan pasangan yang hebat menyanyi ni. Penyanyi yang pernah viral dengan persembahan yang sangat mengagumkan di pentas AJL suatu ketika dahulu, rupa-rupanya bukan saja pandai menyanyi tau. Buat lawak pun boleh. Jika anda peminat setia pasangan ini, sudah pasti tidak lali dengan celoteh mereka.

Dikala orang ramai menyambut Hari Bapa sempena meraikan insan yang bergelar bapa, Ernie pun apa kurangnya. Siap menyanyikan lagu tau, tapi bukan lagu Melayu, ditibainya lagu Hindustan yang berjudul “I Love You Daddy”.

Apa yang membuat iainya mencuit hati, setelah Ernie menukar lenggok atau note lagu tersebut, sangat lucu. Syamel pun apa lagi, terus tegur lenggokan yang sebenar.Aduhai, ada saja idea Ernie ni. Tapi takpa, tetap mendayu-dayu.

Pun begitu, apa yang lebih lucu adalah di penghujung video tersebut, apabila Ernie bergelak ketawa dengan lawaknya sendiri. Tapi, Ernie ni kalau dah gelak memang tak cover.

Seperti bunyi sesuatu bila beliau ketawa. Memang tak cover ya, mujur video tu pendek, kalau videonya panjang, boleh buat compilation jenis-jenis Ernie ketawa pula.

Rata-rata netizen menjadikan ia sebagai idea untuk membah4n Ernie, mana tak nya, memang lawak.

Antara komen netizen ialah “Tak masalah die skrang ape au…. Yg part last tu kenapa”, “Ada bunyi h1kh0k pulak last”, dan sebagainya.

Syamel yang juga merupakan penyanyi handal, setelah isterinya itu dengan sesuka hati menukar note lagu tersebut. Apa lagi, terus ajarkan note yang sebenar, kata netizen, daripada yang wish Hari Bapa, terus jadi kelas vocal. Lawak betul.

Mereka yang juga telah dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Khawla, setelah diijabkabulkan pada 2021. Khawla ni, kalau dah besar, confirm akan mewarisi bakat mama dan papa nya kan. Boleh jadi penyanyi terkenal juga macam mereka.

Ada juga yang bertanya bilakah pasangan ini akan buat comeback bersama, hal ini tak dimaklukmkan lagi. Antara lagu duet mereka ialah Goodbye Hello dan Aku Cinta. Tak sabar peminat nak tunggu single terbaru mereka.

Justeru, semoga pasangan ini akan sentiasa bahagia dan akan menceriakan hari-hari netizen dengan lawak mereka yang mencuit hati tu.

Khawla pun selain mewarisi bakat nyanyi Ernie dan Syamel, apa kata warisi juga bakat buat lawak. Biar bergegar satu rumah ketawa.

Sumber : Ig Erniezakri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!