“Baju ni je dah penuh satu luggage” – Netizen

Dunia fesyen yang pelbagai sememangnya sinonim dengan kehidupan para artis tidak kiralah artis tempatan mahupun antarabangsa. Keberanian dan keyakinan mesti ada dalam diri jika ingin membawakan berbagai jenis fesyen terkini termasuklah dari fesyen santai sehinggalah fesyen yang unik dan esktrem. Penggayaan sesuatu fesyen di khalayak ramai juga harus jika sudah bergelar artis kerana setiap pemakaian pasti akan menjadi tumpuan dan tatapan.

Perjalanan percutian pasangan romantis Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini ke kota London, Paris dan Switzerland telah menarik perhatian ramai netizen dan peminat. Bukan sahaja kerana telatah mereka berdua yang sentiasa berjenaka dan romantis, malah kini gaya pakaian mereka sewaktu melancong ke negara Eropah turut menjadi perhatian.

Berkongsi banyak gambar dan video, mereka tak hanya melancong berdua malah bersama rakan selebriti lain iaitu Mawar Rashid, Raf Yaakob dan dua lagi rakan karibnya. Selain bagi tujuan bersiar-siar, mereka turut menggunakan peluang yang ada bagi tujuan promosi produk kosmetiknya yang bernama Wawa Cosmetics dan juga Wawa Scarves itu.

Paris yang terkenal dengan gelaran kota cinta dan juga kota fesyen dunia ini memang merupakan tempat yang sesuai bagi Wawa Zainal berfesyen sakan. Pakaian yang dikenakan sewaktu dia berada di luar negara ini menjadi perhatian ramai terutama sekali gaun besar yang berwarna merah jambu ini.

Pastinya bukanlah perkara yang mudah untuk memasukkan gaun itu kedalam beg dan bawa ke luar negara. Lebih melucukan lagi apabila si suami iaitu Aeril Zafrel pada akhirnya yang terpaksa menjadi pembantu kepada Wawa untuk menyeterika baju gaunnya itu.

Sebelum ini, video kemesraan pasangan ini berhindustan di Switzerland juga sempat tular kerana gelagat yang membuatkan ramai yang cemburu juga terpesona. Ditambah pula dengan pemandangan indah di negara luar itu telah menambahkan lagi seri video kenangan romantis mereka berdua.

Rata-rata peminat dan netizen yang menonton video hasil perkongsian dari Wawa di Instagramnya pasti sentiasa terhibur melihat gelagat pasangan ini. Ramai juga yang terkesima dengan kecantikan gaun milik Wawa dan jenuh  memikirkan bagaimana caranya dia bawa baju itu jauh sehingga ke Paris.

Seronok sangat tengok pasangan romantik ni jalan-jalan ke luar negara. Walaupun ramai yang tak berpeluang lagi untuk melihat negara luar seperti Paris, London dan Swiss tetapi berkesempatan juga tengok melalui video Wawa dan Aeril.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0ryright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!