“Bagusnya Alisa, kecik2 dh tolong dekat dapur”- Netizen

Semenjak kecil lagi, anak-anak seharusnya didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu termasuklah ilmu kehidupan. Bukan setakat menimba ilmu di sekolah saja, di rumah pun anak-anak boleh menimba pelbagai ilmu daripada ibu bapa. Termasuklah belajar mengemas rumah, menolong ibu memasak di dapur dan macam-macam lagi.

Didikan ibu bapa juga sememangnya boleh menjadikan anak mereka insan yang berguna satu hari nanti dan biarlah melentur buluh dari rebungnya.

Seperti selebriti Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen, mereka antara salah satu contoh ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan cukup lembut. Anak-anak mereka iaitu Yusuf dan Alisa sentiasa mendengar kata ibu bapa mereka meskipun usia masih kecil lagi.

Jika lihat pada setiap posting video anak-anak Hanis dan Hairul, mereka selalu didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bermain kuda dan macam-macam lagi.

Malah siapa sangka, si cilik Alisa rajin menolong ibunya memasak di dapur. Dengan ajaran ibunya, Alisa kelihatan cekap membantu ibunya. Bagusnya Alisa, kecil-kecil dah ringan tulang.

Video Alisa menolong ibunya di dapur membuatkan ramai netizen suka melihat si comel ini. Bukan setakat cerdik je malah sudah mula tunjuk minat memasak di usia kecil.

Dari kecil lagi anak perempuan ini perlu dibiasakan dengan suasana di dapur. Lama-lama pasti sudah biasa dengan memasak ketika dewasa kelak dan tidak takut untuk cuba memasak, kan?

Sementara itu,video Alisa mencapai 1.2 juta tontonan dan 265 komen daripada netizen. Video Alisa sedang menyediakan bahan-bahan memasak sambil diperhatikan ibunya telah membuatkan ramai netizen teruja melihatnya.

“Pandainya dia tolong mummy masak, comeinya alisa, boleh booking yak anak dara ni nak buat menantu”- Netizen

Wah bagusnya Alisa, kecil-kecil dah tolong mummy masak. Nampaknya ramai ibu-ibu dekat luar sana teringin nak Alisa jadi menantu hehe.. Dari kecil dah ringan tulang si Alisa ni, dah besar nanti mesti handal memasak.

Sumber: Instagram haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!