“Baby n4ngis adalah suara yg paling merdu”- Netizen

Tatkala baru bergelar seorang ibu, rutin harian pasti berubah dengan sekelip mata. Setiap hari si ibu akan sibuk dengan persiapan anak dan sudah tentu ia adalah salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang melihat anak kita membesar. Tidak terkecuali, instafamous Maryam You Narae yang baru saja bergelar ibu kini sibuk dengan kehadiran cahaya perempuannya iaitu Rina.

Jarang sekali kita lihat bayi kacukan korea melayu. Malah Rina antara si cilik popular yang menjadi perhatian netizen dengan wajahnya yang banyak sama iras dengan ibunya.

Melihat pada kesibukan Maryam dan pasangannya, Ryzal yang banyak menguruskan cahaya mata sulung mereka, suami isteri ini masih tetap berkongsi video di laman Instagram.

Kerana rata-rata netizen sentiasa menantikan perkembangan pasangan Malaysia-Korea ini menerusi Instagram dan suka melihat gelagat comel Rina yang semakin membesar dengan sihat.

Baru-baru ini, satu video melucukan yang dikongsi Maryam di Instagramnya. Gelagat Maryam mengusik Rina sehingga anak kecil itu menangis telah membuatkan netizen terhibur melihat dua beranak ini.

Rata-rata netizen berpendapat, wajah Rina mirip ibunya berbanding bapanya. Dengan kulit yang putih dan bermata kecil, Rina sememangnya lebih banyak mirip kepada ibunya.

Walau bagaimana pun, Rina tetap ada iras seperti bapanya. Hehehe..

Sementara itu, video Maryam yang dikongsi Isnin lalu telah menerima 279,000 tontonan dan 500 komen daripada netizen.

Kesian Maryam kena bul1 dengan ibu dia ye.. Pape pun, Rina tetap maintain comel walaupun menangis 5 saat je hehehe..

Sumber: Instagram maryamyounarae

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!