“Ayie ni bagilah watak apa pun sentiasa power” – Mustaqim

Syafie Naswip beliau adalah seorang pelakon yang sejak dari kecil lagi telah menceburi bidang ini menerusi filem Mukhsin. Beliau melebarkan sayap lakonannya dengan pelbagai lakonan dan drama dan dari bakat yang kecil telah diperbesarkan sehingga beliau mempunyai drama yang juga popular dan trending iaitu Wadi. Banyak lagi drama lakonannya yang kebanyakkannya popular.

Kemudian beliau melebarkan nama pula dengan pelbagai drama-drama yang sentiasa mendapat sambutan penonton malah sentiasa menjadi pilihan penonton untuk drama beliau jika diterbitkan di layar Perak dan juga di kaca TV.

Pastinya drama-drama beliau yang akan menjadi pilihan penonton bak kata sahabatnya Mustaqim, bagilah apa saja watak pun beliau akan boleh membawanya dengan baik kerana bakat beliau memang luar biasa.

Malah semua watak pernah dibawanya dan itu semua membuatkan peminat bertambah menyukainya malah menjadi peminat setia. Semenjak dua menjak ini Syafie Naswip kerap pula berlakon dan mendapat tawaran di dalam lakonan yang penuh dengan mistik.

Sudah selesai dengan penggambaran Nenek B0ngkok Tiga, kini beliau muncul pula dengan drama bersiri iaitu menjadi seorang DJ radio dan sentiasa menerima panggilan yang misteri di dalam drama Remang.

https://www.instagram.com/tv/Ci5AsPJA-m4/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Selain daripada berlakon dengan menjiwai watak beliau juga pandai miming dengan lagu Hindi dan beliau juga berbakat dalam tarian. Beliau kerap kali memuat naik video video menari dengan lagu-lagu bollywood dan itu juga menjadi tarikan para penonton yang sama meminati lagu-lagu tersebut.

Pelbagai komen-komen yang memuji dan menyetujui kata-kata sahabat baiknya itu beliau pun seorang yang sangat merendah diri dan sangat mesra serta tidak pernah menghampakan peminat.

Inilah antara komen-komen netizen serta rakan artis yang sudah mengenali dan mengetahui bakat semulajadi yang memang sudah ada dalam dirinya sejak azali lagi.

Syafie Naswip tidak merancang untuk berkahwin tetapi tidak men0lak jodoh. Sekiranya ada, alhamdulilah namun buat masa sekarang beliau tidak memikirkannya kerana lebih fokus tentang kerjaya.

Sumber: ig syafienaswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!