“Anak joget tak bg, siap pakai tudung lg”- Netizen

Gandingan selebriti Caprice dan anak perempuannya, Aleesya Sofea menerusi video mereka di Instagram sememangnya serasi bersama. Melihat pada gelagat Caprice dan Aleesya, mereka mempunyai hubungan yang cukup rapat meskipun Aleesya adalah anak tiri kepada Caprice. Setiap kali video mereka berganding bersama dikongsi di Instagram milik Caprice, pasti menjadi perhatian ramai.

Sebelum ini, Caprice mengejutkan ramai netizen apabila beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya, Fara Inalis memandangkan tiada desas desus tentang hubungan cintanya.

Sementara itu, video terbaru dari Caprice bersama Aleesya Sofea telah dimuatnaik baru baru ini. Gelagat Caprice membebel gara gara si cilik Aleesya yang membuat tarian yang tidak sepatutnya membuatkan netizen terhibur dengan dua beranak ini.

Ada-ada saja gelagat Aleesya yang spontan itu telah menghiburkan netizen. Sehinggakan ramai netizen sentiasa ternanti-nanti dengan kemunculan video Caprice dan anak tirinya.

Munculnya Aleesya Sofea telah mengubah kehidupan Caprice sepenuhnya. Caprice kini lebih menumpukan perhatian terhadap Aleesya Sofea sejak bergelar bapa.

Namun ada sebahagian netizen menegur Caprice supaya mendidik Aleesya menjadi anak yang lebih baik menerusi ruangan komen.

Selain itu, video caprice telah menerima hampir 800,000 tontonan dan 200 komen daripada netizen.

Amboi Aleesya, pandai berjoget sakan ye sekarang. Kan dah kena bebel dengan daddy cap hehe..

Sumber: Instagram Caprice

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!