“Tak kuatla tgk berjurai air mata, rasa dktnya arwh dgn kita” – Netizen

Naluri sebagai seorang ibu dalam diri wanita itu pasti sangat kuat jika sudah mempunyai anak sendiri dan sudah bergelar seorang ibu. Ada ibu-ibu diluar sana yang sanggup dan rela melakukan apa sahaja demi anak tersayang mereka. Anak-anak juga kebiasaannya akan lebih akrab dengan ibu mereka kerana perhatian dan kasih sayang dari ibu yang cukup luar biasa sejak dari kecil sehinggalah meningkat dewasa.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang cantik ini sudah pun bergelar seorang ibu pada tahun 2019 yang lalu dan namanya memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir sudah terkenal sejak penglibatannya dalam pertandingan Dewi Remaja. Dia ketika itu turut menjadi salah seorang finalis bersama-sama Izara Aishah, Neelofa dan juga Syatilla Melvin.

Terkenal dengan penampilan cantik dan rambutnya yang ikal mayang, Anzalna telah menghadiahkan hadiah terindah buat suaminya iaitu Hanif Zaki ketika ulang tahunnya pada September lalu dengan mula berhijab. Kecantikan pelakon berdar4h kacukan Cina dan Punjabi ini kini makin terserlah setelah mengenakan hijab penuh.

Dalam entri posting terbaru dari Anzalna, dia telah mengakui bahawa sejak dia mula membuat keputusan untuk berhijab kini rezekinya lebih banyak. Mendapat tawaran modelling dari dalam dan luar negara, Anzalna ternyata telah memilih jenama tempatan Loveta yang dahulu merupakan perniagaan milik 4rwah Siti Sarah Raisuddin sebagai pilihan hatinya.

Tidak dapat menahan air mata ketika sesi penggambaran dilakukan, Anzalna akhirnya tewas setelah bergandingan dengan Dzahira Talita Zahra yang merupakan puteri kedua kepada Shuib dan 4rwah Siti Sarah.

Walaupun baru berusia lapan tahun, Talita dilihat sangat kuat dan tegar menghadapi kenyataan besar yang menimpa dirinya dan keluarga.

Air mata yang tumpah dihadapan Talita dan ‘crew’ Loveta ini telah mengundang rasa sebak dan sedih terhadap mereka lebih-lebih lagi buat Talita yang masih kecil dan berusaha sebaik mungkin bagi menahan perasaan sedihnya itu.

Video yang dimuatnaik oleh Anzalna itu telah menarik ratusan peminat yang turut sama merasakan sebak melihat reaksi wajah dari Talita dan juga Anzalna. Ruangan komen dibanjiri dengan doa dan rasa sedih dari netizen dan peminat.

Mereka juga menyedari bahawa wajah Talita terserlah kerinduan yang besar terhadap belaian dan kasih sayang seorang ibu.

Didoakan agar segala legasi dan amanah yang telah ditinggalkan oleh 4rwah Siti Sarah dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain terutamanya anak-anak yang telah dilahirkannya.

Amanah yang ditinggalkan begitu besar sekali dan diharap mereka yang menggalas tanggungjawab tersebut dapat melakukannya dengan baik.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!