“Amboi kek dia kalah kek wedding” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Jenama fesyen berkenaan di miliki oleh dua orang sahabat baik iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil. Persahabatan yang tercipta antara mereka berdua amat di kagumi oleh orang ramai. Menariknya mengenai mereka adalah apabila mereka berdua dikurniakan cahaya mata dalam waktu yang lebih kurang sama.

Rizman Nordin telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Nurida Suraya pada September 2019. Rezeki tidak salah alamat apabila setelah 6 bulan mendirikan rumahtangga, Rizman dan permaisuri hatinya itu telahpun menerima khabar gembira dan membuat pengumuman bahawa isterinya sudahpun berbadan dua dengan hamil anak sulung mereka yang ketika itu telahpun berusia 4 bulan.

Anak pasangan ini di lahirkan pada 2 September 2020 berbeza hanya 1 bulan lebih awal daripada sahabat baik mereka Ruzaini Jamil dan pasangannya Hidayati Yahya di mana anak lelaki pasangan itu pula di lahirkan pada Oktober 2020.

Rizman dan Nurida Suraya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan sepakat menamakan anak mereka sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah.

Pejam celik kini sudah genap setahun usia anak kepada pasangan Rizman dan juga Nurida itu. Walaupun anak pasangan ini baru sahaja menginjak usia 1 tahun namun ianya tidak menghalang pasangan itu untuk menyambut majlis ulang tahun kelahiran anak mereka seperti yang mereka ingini.

Beberapa dekorasi berwarna merah jambu dan putih sempena ulang tahun kelahiran anak mereka itu dapat dilihat di sediakan oleh Rizman dan isterinya buat permata hati sulung mereka itu.

Turut menarik perhatian juga adalah kek setinggi 5 tingkat yang di tempah khas buat anak perempuan kesayangan pasangan itu.

Ruangan komen di beberapa gambar- gambar yang dikongsikan di instagram semasa majlis ulang tahun kelahiran puteri mereka pula tidak putus menerima ucapan selamat hari lahir berserta doa dan harapan para sahabat dan para peminat terhadap buah hati pereka fesyen terkenal itu.

Rata- ratanya juga meluahkan perasaan kagum mereka terhadap usaha yang di tunjukkan oleh Rizman serta isteri untuk mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak mereka itu dengan cukup meriah.

Malahan kasih dan sayang yang di curahkan oleh pasangan ini buat puteri sulung mereka itu terlalu besar sehingga dapat di rasai oleh para pengikut akaun Instagram pereka fesyen itu yang telah lama mengikuti kehidupan mereka selama ini. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

“Happy birthday rizqaa syg… Smoga berjaya di dunia dn di akhiirat.. mnjadi anak yg solehah dn taat pd Allah swt dn ibubapa… “ – Netizen

“Cantik cantik cantik. Sangat cantik. Happy birthday Rizqaa. Semoga jadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat.” – Netizen

“Cantiknya cake happy b’day rizqaa smg membesar mjd anak solehah saya penggemar dr indonesia salam serumpun ya” – Netizen

Alhamdulillah untung Rizqaa di lahirkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mempunyai ibu dan bapa yang terlalu sayangkannya. Setiap ibu bapa hanya mahukan yang terbaik buat anak mereka.

Mudah- mudahan Rizqaa membesar menjadi anak yang solehah, hormatkan ibu bapa dan akan membanggakan ibu dan bapa nanti ya. Selamat Hari Lahir Rizqaa

Sumber : ig rizman.n

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!