“Alhamdulillah yes betul, Ilya mengandung”- Raja Ilya

Setiap pasangan dalam dunia ini pasti akan menanti kehadiran anak kecil dalam keluarga. Ini kerana anak itu adalah satu anugerah dari Illahi yang akan membawa keceriaan dalam keluarga kecil setiap pasangan baru. Dan apabila mana-mana pasangan mendapat berita yang menggembirakan akan menerima cahaya mata pertama mereka, mereka pasti mahu meraikannya.

Siapa lagi tidak mengenali pelakon wanita yang sangat cantik iaitu Raja Ilya. Beliau yang memulakan karier beliau menerusi filem Papadom pada tahun 2008 telah membina nama sejak itu.

Beliau bukan sahaja pandai berlakon tetapi juga mendalami bidang permodelan. Seperti semua ketahui, beliau telah berhijrah ke Australia bersama suaminya yang berasal dari negara itu.

Beliau telah berkahwin sejak tahun 2018 dan lebih banyak fokus menguruskan rumahtangga sejak itu.

Raja Ilya dan suami beliau sering berkongsi rutin dan aktiviti mereka di Australia. Ramai juga ketahui beliau masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun, baru-baru ini, beliau telah berkongsi sebuab berita gembira dimana beliau telah pun mengandung dan sedang menunggu hari bertemu dengan cahaya mata beliau.

Di dalam kapsyen beliau sempat berkata beliau bersyukur ke hadrat Illahi atas pemberian cahayamata pertama beliau dan suami. Beliau juga sempat berkongsi pengalaman selama 5 bulan mengandung ini bukanlah mudah dan tidak senang untuk seseorang itu menjadi seorang ibu.

Rakan artis juga ramai yg mengucapkan tahniah kepada Ilya termasuklah Elizad  Sharifudin dan Raja Ilya juga mendoakan Elizad juga akan mendapat cahayamata selepas beliau.

Anak itu adalah satu amanah yang diberikan kepada kita. Kita sebagai bakal ibu dan bapa perlulah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin.

Sumber : rajailya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!