“Alhamdulillah hensem balik dah, rambut tu jeles kita tgk” – Netizen

Dengan izinNya, benarlah setiap peny4kit ada ubatnya… Mend3rita peny4kit tulang bengkok atau skoliosis sejak 2015 ia menyebabkan penyanyi, Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim mengalami masalah badannya tidak boleh berdiri tegak dek tulang belakang yang bengkok. Melihat keadaan yang mengalami kesukaran terutama dalam berdiri dan berjalan  sekian lama, ramai yang melahirkan rasa simpati dan sebak.

Siapa sangka, sejak menjalani pemb3dahan untuk membetulkan masalah tulang dihadapinya itu, Zamani sudah dibenarkan keluar h0spital awal bulan ini. Syukur sekali imbas dia sudah berdiri tegak.

Bahkan dalam beberapa hantaran rakan artis dan netizen, pelantun popular dengan lagu Gerimis Mengundang, Zamani kelihatan sudah boleh berjalan seperti biasa. Mesti ramai tumpang gembira.

Tak kurang yang merasakan keadaan fizikalnya kini kembali normal seperti sebelum mengalami peny4kit tersebut. Ya lah… dengan rambut panjang paras bahu dan senyum manisnya, bikin ramai yang cair.

“Pak nil insan yang amat mulia atinya.. Moga pak nil sihat selalu”, “Pak Nil….mmg semua Ini Izin Allah Swt…Tp usaha pak Nil nak tengok dia kembali sembuh syukur”,

“Berita yg sgt di tggu2 utk lihat perkembangan dia… terima ksih byk2 paknil buka peluang utk buka tabung sama2 bantu abg zamani”, “Alhamdulillah elok blk dah… rambut tu hensem kita tgk”.

Itu antara coretan netizen di ruangan komen hantaran Pak Nil. Terdahulu dalam hantaran video dikongsikan selebriti, Datuk Aznil Nawawi, beliau memperlihatkan keadaan Zamani dari kejauhan yang nampak sihat.

Tidak lagi terlihat mengalami badan yang bengkok siap boleh bersilang kaki ketika berdiri, Aznil mengesahkan susuk Zamani kembali normal. Beliau turut bersyukur doa dan sumbangan yang tak pvtus buat Zamani.

Dalam pada itu, ramai juga yang memanjatkan kesyukuran akan perkembangan terbaharu Zamani itu. Tak kurang yang berterima kasih dan menghargai usaha Aznil atau mesra dipanggil PakNil ini.

Mana tidaknya, difahamkan Aznil membantu menganjurkan kutipan dana buat Zamani bagi menjalani pemb3dahan membetulkan masalah tulangnya itu. Difahaman kos disalurkan kira-kira RM122,000.

Apa pun moga Zamani terus sembuh selepas ini dan dapat menjalani kehidupan seperti orang normal lain. Dapat berjalan dan melakukan rutin seperti biasa. Alangkah indahnya dunia jika kita saling membantu.

Sumber : IG Datuk Aznil Nawawi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!