“Alhamdulillah cantik dan menutup aurat, bertuah Dato'” – Netizen

Cepat betul masa berlalu. Rasa baharu sahaja anak dididik, dibesarkan bahkan bermain di depan mata, tahu-tahu dah besar panjang. Barangkali itulah yang dirasakan pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof apabila anak perempuannya dah mula nak melawa. Berkongsi tentang perkembangan terkini buah hati yang juga anak sulungnya, Vie Zaara dalam hantaran Instagram beliau, tampaknya aura si gadis itu berjaya menarik perhatian netizen.

Sekali pandang, memang cantik sekali anak dara Eizlan Yusof ini. Melihat hantaran Eizlan yang mana Zaara sedang memilih alat mekap, nampaknya seperti anak gadis lain, dia juga tak ketinggalan. Namun jujurnya, sekali lihat, tanpa mekap pun Zaara dah cukup menawan.

Yelah… dah jadi anak dara sunti… Jika diikutkan kedua ibu bapanya pun ‘helok’ orangnya. Saling tak tumpah juga seperti wajah bekas isteri Eizlan, Vie Shantie Haroon Khan, bahkan beliau sendiri.

Namun sabar, kalau ada yang menaruh hati nak masuk meminang, adalah dimaklumkan usia Zaara baharu masuk 14 tahun ini ya. Apa pun sudah terserlah keanggunannya kan… Selain rupa parasnya, apa yang menarik perhatian netizen ialah penampilannya.

Tampaknya ramai yang suka dan memuji apabila Zaara berpenampilan sopan berhijab dan menutup aurat. Mana tidaknya, dengan zaman OOD dan seumpamanya sekarang ini, ramai remaja yang sukar tampil ‘mvslimah’. Moga Zaara istiqomah, membesar dengan baik dan sihat selalu.

“Pretty n LoVeLy dotter, Well BLended Look Of Daddy n Mommy”, “Alhmdulillah tutup aurat dia”, “Anak dara so cantik…MasyaAllah semoga menjadi ank yg solehah”, “Alhamdullilah Dato semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa dlm rahmat Allah”. Itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, tak kurang juga yang perasaan jenis alat mekap yang dipilih Zaara ini bukan kaleng-kaleng. “Palette natasha denona vie zaara pilih very high taste habislah daddy dia that palette alone costs hundreds”.

Begitupun komen itu dijawab oleh Eizlan: “hahaha itulah pasal… itu 1, yg lainnnn…”. Tak apalah Dato ya, demi anak tersayang ya… Harap Zaara pun agak-agaklah shopping jangan sampai botak kepala daddy ya… Adeh….

Selain Zaara, dua lagi anak Eizlan bersama Vie Shantie ialah Zareef Yusof, 11 dan Vie Zaalia, 8. Walaupun Eizlan dan Vie Shantie sudah mendirikan rumah tangga baru bersama pasangan masing-masing, hubungan mereka kekal akrab demi anak-anak sejak berpisah sembilan tahun lalu.

Vie Shantie mendirikan rumah tangga kali kedua dengan ahli p0litik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan. Manakala Eizlan bernikah baru dengan Datin Seri Natasha Rosa Boudville dan memperoleh cahaya mata yang kini masuk usia dua tahun.

Sumber : IG Datuk Seri Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!