“Aku tengok citer ni sebab taufik dengan fatin je, yg lain hauk”- Netizen

Drama 7 Hari Mencintaiku telah memasuki siri yang ketiga. Dengan jalan cerita yang cukup hebat adaptasi daripada novel karya popular Siti Rosmizah, drama ini telah berjaya menerima jumlah penonton yang ramai. Sebut sahaja drama 7 Hari Mencintaiku, pasti anda sudah tahu barisan pelakon yang cukup berbakat antaranya Shukri Yahya, Siti Saleha, Wan Sharmila dan PU Azman.

7 Hari Mencintaiku telah bersiaran selama 28 Episod dan bakal berakhir episodnya tidak lama lagi. Setiap episod bagi drama popular ini sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton setianya. Ada saja babak drama yang bikin netizen ‘geram’.

Bukan itu sahaja, watak PU Azman sebagai Taufik telah mencuri perhatian ramai apabila melihat gandingannya bersama Reen Rahim yang memegang watak sebagai Fatin. Penonton drama lebih tertumpu kepada watak mereka yang sentiasa melucukan itu.

Kecoh habis bila tengok dua pelakon ni berganding bersama. Netizen pun terhibur melihat lakonan Pu Azman bersama Reen Rahim. Siapa sangka, dua pelakon hebat ini sesuai berlakon bersama.

Malah baru-baru ini, salah satu babak yang dikongsi PU Azman menerusi Tiktok dan Instagram miliknya telah menerima banyak komen daripada netizen. Rata-rata netizen akui, mereka lebih suka melihat babak drama melibatkan watak Taufik dan Fatin.

Sebahagian babak drama menunjukkan watak Taufik dan Fatin sedang keluar makan di restoran. Namun dialog yang disebut Taufik dalam babak tersebut adalah secara spontan selepas didedahkan oleh PU Azman sendiri menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram.

Babak berkenaan itu juga menghiburkan netizen yang melihatnya. Sekali sekala ada babak yang melucukan dalam 7 Hari Mencintaiku, apa salahnya kan…

Sementara itu, posting video yang dikongsi PU Azman di Instagram telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada juga sebahagian netizen akui, lebih suka melihat babak lakonan Pu Azman dan Reen Rahim dalam drama berkenaan berbanding babak-babak yang lain.

Video babak tersebut telah menerima 469,000 tontonan dan 259 komen daripada netizen.

Siapa sini suka tengok watak Taufik dengan Fatin? Mesti ternanti-nanti watak mereka dalam drama 7 Hari Mencintaiku kan..

Sumber: Instagram puazmanofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!