“Alamak abg sado balik kampung ke”- Lana Nordin

Selebriti Fikry Ibrahim sekali lagi muncul menerusi laman Instagram dengan video lucu beliau. Fikry ni tak sah jika tak lawak tau.. Ada sahaja video beliau yang berjaya mencuit hati netizen selepas melihatnya. Tak dinafikan, Fikry antara selebriti yang sangat dekat dengan peminatnya menerusi posting videonya. Ada sahaja sesuatu ‘makna’ yang beliau cuba sampaikan termasuklah video baru-baru ini.

Meskipun Fikry jarang memuatnaik video di Instagramnya, beliau pasti akan muncul dengan video yang mencuri perhatian netizen.

Video terbaru beliau ternyata menghiburkan netizen apabila beliau sengaja meletakkan background gambar beberapa orang lelaki yang rata-ratanya hampir sama muka dengan Fikry.

Ada-ada sahaja lawak yang disampaikan Fikry memandangkan beliau pun pelawak yang berasal dari negeri Kedah.

Malah di sebalik video berkenaan, ada mesej yang disampaikan oleh Fikry dengan memberitahu Islam adalah agama yang syumul dan merangkumi banyak aspek dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, posting video Fikry telah menerima jumlah tontonan yang tinggi sehingga mencapai 722,000 tontonan sejak dikongsi Jumaat lalu.

Sempat lagi beberapa rakan artis yang mengusik Fikry menerusi ruangan komen antaranya Lana Nordin, Hairul Azreen dan lain lain lagi.

Netizen juga akui konten video Fikry jarang sekali mengecewakan. Pasti ada maksud yang bermakna dan pengajaran buat kita semua.

“Tak pernah tak lawak aihh dia ni, hahaha kenapa mcm sama je dgn muka org belakang, sekali tengok memang mcm bangla”-Netizen

Alahai Fikry ni, sempat lagi edit video lawak gitu. Memang gelak sakan tengok video Fikry ni.

Sumber: Instagram fikryibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!