“Alahai rasa baru je tgk Aqish kecik, dah bsar pnjang”- Netizen

Ramai para artis sama ada penyanyi atau pelakon di tanah air kita bermula seawal dari kecil hingga sekarang, yang mana bermula dari kecil dan bertahan sehingga dewasa, para peminat boleh melihat perubahan pembesaran dari masa ke semasa. Malah, peminat yang mana meminati mereka sewaktu kecil juga setia hinggalah meningkat dewasa. Malah ada juga yang telah berkahwin dengan sesama artis.

Noor khiriah, 43, seorang pelakon wanita yang hebat dan berbakat. Baru sahaja memuat naik video bersama seorang budak perempuan yang memakai tudung.

Selepas melihat komen-komen netizen di ruangan komen,barulah peminat mengetahui budak perempuan tersebut ialah Aqish (Puteri Balqis).

Pelakon cilik suatu masa dahulu yang pernah popular, namun telah lama menghilang. Dan kini kembali dengan drama terbaru yang masih dalam penggambaran.

Jika semua tidak baca komen, pasti tidak faham apa yang ingin disampaikan. Tetapi, selepas baca komen-komen, pasti tertanya pula. Ya, Aqish kembali ke dunia lakonan dan pasti korang tidak sabar menantikannya.

https://www.instagram.com/tv/CYYY291pt3A/?utm_medium=copy_link

Aqish atau nama sebenar Puteri Balqis binti Azizi, 15 tahun, mengakui masih belum sihat sepenuhnya dan masih mengalami pendrahan, masih mengikuti terapi yang sepatutnya.

Noor khiriah senang hati dan mengubat kerinduan apabila dapat berjumpa dengan Aqish dan seronok apabila mengetahui Aqish adalah anak didalam drama tersebut.

Drama apa ye yang akan ditayangkan, semoga siap cepat penggambaran dan cepatlah ditayangkan di kaca tv .

Para peminat Aqish yang sedia ada sudah memadai untuk Aqish bertahan di dunia hiburan, jadi semoga Aqish terus kuat dan terus berkarya dengan watak-watak yang pelbagai.

Sumber : ig khiriah17

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!