“Pandainya lap kereta, dah biasa tgk daddy cuci kereta kot” – Netizen

Pasti ramai yang bersetuju bahawa anak pertama mempunyai tempat yang paling istimewa dalam hati ibu bapa. Kebahagiaan menimang cahaya mata permata merupakan kebahagiaan luar biasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Mengajarkan ibu dan bapa tentang awal tanggungjawab, anak sulung juga merupakan tempat terawal bagi ibu bapa mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka.

Putera sulung dari pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza sering menjadi bualan dan tarikan bagi para peminat dan warganet yang suka melihat telatah si comel ini. Aiman dan Zahirah telah memilih nama Isaac Raees yang unik dan jarang didengar untuk putera sulung mereka.

Hasrat para peminat yang tidak sabar untuk melihat wajah anak dari pasangan ini pada mulanya hanya mampu berteka-teki. Wajah comel Isaac Raees mula didedahkan buat tatapan umum apabila mereka berdua mula memuatnaik gambarnya ketika Isaac berumur 2 bulan lagi.

Tarikh 5 Januari merupakan tarikh istimewa buat keluarga kecil ini yang merupakan tarikh Isaac Raees dilahirkan ke dunia. Menyambut hari kelahiran pertama buat putera sulung mereka, Aiman dan Zahirah telah menghadiahkan Isaac sebuah kereta mewah berjenama Mercedes.

Bukanlah kereta sebenar yang memerluukan kepakaran memandu, sesuai dengan umur Isaac yang masih genap setahun pasangan ini telah menghadiahkan kereta mainan buat anak tersayang. Hari kelahiran pertama buat Isaac disambut secara kecil-kecilan namun meriah bersama keluarga terdekat.

Video yang dikongsi oleh Zahirah di Instagramnya itu terlihat ekspresi dan perasaan teruja dari Isaac kerana memiliki sebuah kereta mewah. Walaupun kereta miliknya itu diletakkan di dalam rumah, namun Isaac masih mahu mengelapnya mungkin khawatir kereta barunya itu akan k0tor pula.

Bukan hanya sebuah kereta mewah, ramai netizen yang perasan dan menegur nombor plat pada kereta Isaac yang tertera dengan namanya dalam ruangan komen. Mereka juga memuji sikap Isaac yang sangat rajin mengelap kereta barunya itu walaupun baru berumur satu tahun.

Genap umur setahun jagung, Isaac dah dapat kereta mainan jenama antarabangsa Mercedes. Dah besar nanti mesti dapat kereta betul-betul dari ibu dan ayah. Beruntungnya jadi Isaac Raees.

Selamat ulangtahun yang pertama diucapkan untuk Isaac. Semoga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa ya bila dah besar nanti.

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!