“Aku tengok ko jaga dia Eib, aku nak cuba”- Ajak Shiro

Memang tuah pada tahun 2022, ramai yang merasainya. Terlihat, ramai pula artis mendiami rumah baharu pada tahun ini, 2022. Tidak terkecuali Ajak Shiro, berkongsi membina dapur idaman untuk si isteri tercinta. Dalam berkongsi berita gembira itu, Shuib Sepahtu turut memberikan komen. Dan ia seperti semangat baru untuk Ajak berkongsikan idola untuk beliau menjaga isterinya.

Ramai yang menyambung rumah idaman, membeli rumah, dan memperbesarkan ruang dalam rumah. Begitulah Ajak, memberi keselesaan buat orang rumahnya memasak dengan lebih selesa.

Isterinya juga kini berada didalam bidang perniagaan setelah mendapat peluang bersama Shuib dalam menjayakan Bubble Bee.

Shuib memang pemurah, dan memang sentiasa membantu kawan-kawan dalam mencuba perniagaan bersama.

Siapa saja yang tidak mahu perbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik. Dan lebih berjaya dari sebelum ini, pasti akan ada cita-cita untuk memajukan diri namun masih belum tercapai.

Jika diusahakan seperti Ajak, pasti ia akan terhasil cuma bukan tempoh masa yang cepat. Ajak juga berusaha dan menantikan saat-saat ini dengan bersusah payah.

Bersama saat susah dan senang, itulah keluarga yang harmoni yang boleh dijadikan contoh berumahtangga. Bukan saat kesenangan sahaja bersama-sama.

Rakan-rakan artis yang paling banyak memberikan komen, kemudian diikuti dengan netizen yang melawak. Lihat komen mereka.

Bukan susah nak beli jiwa isteri, bawakan kesenangan kepada isteri untuk memudahkan kerja rumah. Seronoklah hati isteri, macam isteri Ajak ni.

Sumber: ig ajakshiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!